oleh ABDUL JALIL ALI Sinar Harian 2/17/2011 9:34:22 AM Hannah Yeo, wakil rakyat yang sedang hamil anak sulung itu menghantar satu SMS, menjawab rungutan yang saya kemukakan kepada beliau kira-kira seminggu lalu. Lebih kurang maksud SMS tersebut, asalnya dalam bahasa Inggeris: “Pihak berkuasa telah menyerbu kopitiam berkenaan, dan memeriksa 23 warga asing yang lepak di situ. 13 daripada diperiksa tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, tujuh lagi diperiksa air kencing...” Jarang saya mengadu kepada YB. Tetapi hal yang satu ini sudah melampau, menjolok mata, sekali gus mencabar kewibawaan pihak berkuasa. Kadangkala timbul pertanyaan: Apakah pihak berkuasa bacul, tidak bertaring? Atau, apakah rasuah telah merantai pihak berkuasa kita? Ceritanya begini: Sebuah kopitiam di tempat saya tinggal beroperasi melewati jam 12 tengah malam. Pada malam minggu ia tidak ditutup hingga ke subuh. Ini dengan jelas melanggar peraturan. Tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil, walaupun pusat hiburan dan lepak itu terletak hanya beberapa depa dari balai polis. Lebih menyakitkan hati, kopitiam ini menjadi tumpuan – orang sekarang kata ‘port’ – warga asing berkulit hitam, berbibir tebal, rambut keriting-keriting halus. Maaf, saya bukan prejudis terhadap warna kulit dan bentuk tubuh mereka. Saya sakit hati sebab mereka kurang ajar, langsung tidak menghormati undang-undang kita. Mereka seperti menguasai kopitiam tersebut. Jika mereka masuk orang lain terpaksa mengalah ke tepi. Mereka kasar, kaki gaduh, seolah-olah tempat tersebut mereka punya. Pemilik kopitiam pun tidak berani hendak menegur. Bukan sahaja di dalam, di luar kopitiam pun warga asing kulit hitam ini gemar membuat onar. Dalam keadaan mabuk, mereka bergaduh tanpa mempedulikan ketenteraman orang lain. Botol-botol arak dihentak pada kereta atau dihempas bersepai di atas laluan. Ini menyukarkan orang ramai untuk lalu di situ. Lebih kurang ajar lagi, mereka membuka zip, menunjukkan kemaluan dan kencing di atas jalan seolah-olah kawasan tersebut mereka yang berkuasa. Bayangkan warga asing berani kencing di hadapan mata kita dan pihak berkuasa, termasuk polis, tidak berupaya berbuat apa-apa. Baculnya kita! Ada laporan polis dibuat mengenai pergaduhan tersebut. Tetapi tidak ada tindakan untuk menghukum warga asing ini. Sebab itu setiap kali mereka mabuk, memecahkan botol dan kencing di hadapan umum, orang tempatan seperti tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka marah, tetapi tidak berani bertindak. Tentu sekali ini tidak boleh didiamkan. Lama mana kita sanggup dikencingkan begitu? Masa sudah tiba untuk pihak berkuasa, termasuk polis, bertindak tegas terhadap pendatang kurang ajar yang mula mengganggu ketenteraman orang kita. Jangan sampai orang kita bertindak sendiri di luar batas undang-undang untuk mengajar si hitam! Sebenarnya kewujudan warga asing berkulit hitam dari Afrika sudah menjadi semakin menyakitkan. Mengikut perangkaan dari Januari hingga Jun 2009 sahaja ada 56,240 yang masuk ke negara ini secara sah. Bilangan secara haram pun tentu ramai juga. Ramai juga yang datang dengan visa pelancong, terus menetap di sini setelah tempoh visa tamat. Agaknya mereka menggunakan ilmu hitam sehingga pihak berkuasa pun tidak dapat berbuat apa-apa! Macam-macam gelaran diberikan kepada mereka – Awang Hitam, Pak Hitam, Gagak Hitam dan sebagainya – semua ini merujuk kepada gejala-gejala negatif yang mereka lakukan di tempat kita. Sebelum ini pun kita telah mendengar dan membaca berita mengenai perilaku mereka yang terkenal kasar dan berlagak samseng. Malah beberapa kawasan memang telah mereka kuasai, sehinggakan ketenteraman penduduk tempatan terancam. Mereka terlibat dengan berbagai-bagai jenayah seperti sindiket wang palsu, penipuan ‘wang hitam’ atau ‘black money’, mengganggu anak gadis tempatan, membunuh, merompak, dan lain-lain jenayah. Untuk rekod, pihak berkuasa pernah mengadakan ‘Ops Gagak Hitam’ pada 2002 untuk membanteras kegiatan negatif mereka. Dalam operasi tersebut kecekapan anggota polis memang teruji apabila terpaksa mengawal 215 pendatang tanpa izin (PATI) dari benua Afrika yang cuba melarikan diri. Insiden di luar jangkaan dan mencemaskan berlaku ketika ‘gagak-gagak’ tersebut dibawa menaiki 10 trak untuk ditempatkan di Pusat Tahanan Imigresen di Kemayan. Sewaktu tiba di kawasan Bukit Putus di Kuala Pilah pada kira-kira jam 1 petang, mereka mula merusuh di dalam trak dan cuba melarikan diri. Bayangkan dalam kawalan polis pun mereka boleh merusuh. Peristiwa di kopitiam tempat saya mungkin berlaku juga di kawasan-kawasan lain. Selama ini kita cukup tertekan dengan kerenah pendatang haram dari Indonesia yang melakukan berbagai-bagai jenayah. Sekarang warga hitam pula mengancam kita. Bilangan si hitam mungkin tidak seramai yang datang dari Indonesia. Tetapi gangguan pendatang dari Afrika yang semakin ketara akhir-akhir ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kalau kita diamkan, mereka akan besar kepala dan menguasai kawasan kita satu demi satu. Oleh sebab itu pihak berkuasa – imigresen, polis, PBT, dan sebagainya – mesti memburu dan bertindak tegas ke atas gagak-gagak yang membuat onar ini. Kalau tidak satu masa nanti tempat tinggal kita semua akan menjadi kawasan hitam! | |
Thursday, February 17, 2011
Jangan biarkan ‘Pak Hitam’ kurang ajar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment