Saturday, February 26, 2011

KISAH ORANG PENCEN


Pagi ini sewaktu ke Pasar Payang mengiringi isteri saya, saya bertemu dengan rakan lama Cikgu Lim. Beliau telah 6 tahun bersara. Seronok juga berbual dalam masa 10 minit, banyak idea dan pandangan serta pengalamannya mengisi masa menganggur (bersara).

“Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young.”- Henry Ford. Banyak juga yang boleh saya pelajari daripada pengalamannya.

Saya bertanya apa yang dia buat sekarang, katanya setiap malam ahad dia akan ke KL menaiki bas ekpress. Hari jumaat malam dia balik ke Kuala Terengganu. Sampai jam 5 pagi di KL terus ke rumah anaknya untuk mengambil cucunya untuk dihantar ke sekolah. Begitu juga bila tengah hari mengambil ccunya dari sekolah balik ke rumah. Macam "driver" layaknya. Sebelah petang atau malam, dia mengajar cucunya buat kerja sekolah.Kisahnya sama seperti rakan-rakan cikgu dulu yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi di KL.


Sebelah petang jika ada masa bawa cucunya berjalan atau joging di taman permainan.

Jika cucunya ingin ke kedai buku dia akan bawa ke kedai buku. Katanya, dahulu sewkatu dia bekerja (mengajar) dia terlalu sibuk sehingga tak ada masa untuk melayani anaknya. Sekarang giliran anaknya pula tiada masa bersama cucunya kerana sibuk bekerja. Jadi untuk membantu anaknya, dialah yang melayani cucunya. 

Anaknya berkerja dalam bidang ICT (programmer),  waktu bekerja sebelah malam kerana berurusan dengan pelanggannya dari luar negara yang waktunya berbeza dengan Negara ini. Kita siang mereka malam, oleh itu anaknya kerap berjaga malam dan siang tidur. Dia nasihatkan saya kalau boleh elakkanlah daripada terlibat dalam bidang ICT.


Falsafahnya, kita yang telah bersara perlu sibukkan diri, jika tidak pelbagai penyakit mudah menyerang kita. Dia juga punyai anak di Pulau Pinang, bila cuti dia akan ke Pulau Pinang pula menemui anak dan cucunya. Di KT juga dia punyai cucu. Katanya harga tambang bas ekpress yang dinaiki ada potongan 25%. bagi warga emas (usia 60 tahun ke atas). Saya belum layak lagi.

Bila cerita mengenai bermain dengan cucu saya teringat kata-kata George Bernard Shaw;“We don’t stop playing because we grow old; we grow old because we stop playing.”


Seronok juga dengar celotehnya. Biasanya orang bersara suka banyak cakap. Mungkin itu persepsi saya, tetapi kerapkali bila saya berjumpa rakan-rakan yang telah bersara, terutama cikgu, memang banyak cerita yang nak diceritakan. Asalkan kita sanggup tadah telinga (mendengar).


Bila bercakap soal umur saya teringat juga beberapa kata-kata hikmat yang mungkin boleh menyedarkan saya yang telah lanjut usia. “Age is an issue of mind over matter. If you don’t mind, it doesn’t matter.”- Mark Twain
“No one is so old as those who have outlived enthusiasm.”- Henry David Thoreau

“The old believe everything: the middle-aged suspect everything: the young know everything.”- Oscar Wilde

“Life’s tragedy is that we get old too soon and wise too late.”- Benjamin Franklin

“Middle age is when you’re sitting at home on a Saturday night and the telephone rings and you hope it isn’t for you.” - Ogden Nash

“You know you are getting old when the candles cost more than the cake.” - Bob Hope

1 comment:

  1. emmmm....seronok dengar criter ni...mga cikgu sentiasa ceria menjalani hari....rindu dengan lontaran bait2 kata cikgu...

    ReplyDelete