Friday, January 18, 2013

Padahnya meminum arak
Wartawan Sinar Harian
18 Januari 2013
Arak
Arak adalah hasil penapaian buah seperti anggur. - Gambar hiasan
 
SAIDINA Uthman bin Affan memberikan teka-teki kepada jemaahnya mengenai dosa manakah yang paling berat sama ada meminum minuman memabukkan, berzina atau membunuh?. Dia mengingatkan umatnya menghindarkan diri daripada meminum khmar atau arak, kerana ia adalah ibu kepada setiap perbuatan keji.

Beliau menceritakan, pada zaman dahulu terdapat seorang ahli ibadah yang taat akan perintah ALLAH SWT. Kehidupannya diisi dengan perlakuan mulia sehinggalah dia jatuh hati kepada seorang wanita cantik.

Wanita tersebut sebenarnya seorang pelacur yang ingin menguji tahap keimanan ahli ibadah itu.

Akibat terlalu mencintai pelacur itu, lelaki tersebut menurut apa sahaja permintaan perempuannya. Akhirnya perempuan itu menyuruh ahli ibadah memilih antara tiga supaya melakukan maksiat iaitu meminum arak, berzina dan membunuh bayi.

Lelaki itu merasakan perbuatan meminum arak hukumnya hanya dosa kecil, dia meminum arak lalu mabuk dan akhirnya berzina dengan pelacur itu. Maka lahirlah anak hasil daripada perbuatan terkutuknya. Kerana tidak mahu diketahui penduduk kampung akan perbuatannya, ahli ibadah tersebut membunuh bayi yang baru dilahirkan.

“Hindarilah meminum arak, kerana padanya terkandung segala kejahatan. Ingatlah iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam badan manusia. Salah satu daripadanya perlu dihapuskan.

“Apabila seseorang itu mabuk, mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur dan jika dia tidak menghentikan perbuatannya itu maka kekallah ia dalam neraka yang marak menyala,” ucap Saidina Uthman.

(SUMBER: http://www.nurhudacahayapetunjuk. blogspot.com)

No comments:

Post a Comment