Tidak pernah berlaku dalam sejarah hidup saya, terkurung dalam rumah sendiri, kereta ada buah tetapi tak boleh nak dikeluarkan daripada kawasan rumah. Seolah-olah terperangkap dalam rumah sendiri. Itulah yang berlaku pagi khamis 13 Januari 2011.
Kebetulan pagi itu saya ada ceramah yang perlu disampaikan di SK Sentol Patah, Marang mulai jam 8.00 pagi. Tetapi jam 7.30 pagi dengan gopoh gapah yang bersiap. Dengan pakai baju batek, selur warna biru, berasa dah lama tak pakai baju batek semenjak bersara. Kalau dulu setiap hari Khamis pakailah baju batek.
Tiba-tiba orang rumah yang terkejut bila tekan remote control pintu pagar tak bergerak, rupa-rupanya "black out" (tiada letrik). Puas selongkar gerobok nak cari kunci pintu gate untuk dijadikan manual, tak jumpa. begitulah bila keadaan panic semua benda yang dicari tak jumpa. Akhirnya dengan muka yang tebal minta pertolongan Che Bakar, jiran depan rumah untuk hantar ke sekolah. Mujur pula anak saya ponteng sekolah hari khamis, jika tidak terpaksalah lewat ke sekolah.
Saya begitu gelisah, panik, tak tahu nak buar apapun sebab kereta ada tetapi tak boleh keluar rumah. Akhirnya jiran saya datang menawarkan keretanya untuk ke SK Sentol Patah.
Alhamdulillah, selesai masalah. Tapi minyak keretanya reserve, warna kuning tanda tak cukup minyak. Saya bercadang untuk beli minyak di Rusila, tetapi terkejut dan bimbang juga, sebab lampu jalan di Rusila dan Ru Rendang juga tidak berfungsi, tandanya tiada letrik juga. Nasib baik Shell di Rusila pakai generator dan bolelah beli minyak kereta yang dah reserve. Selamat!!.
Saya sampai di SK Sentol Patah jam 8.10 pagi, ada seroang sahaja ibubapa yang baru hadir, berasa lega juga. Saya dismbut oleh Encik Zaki, Guru Besar SK Sentol Patah. Menunjukkan kerunsingannya kerana letrik tiada. Bila tiada letrik PA system, note book dan LCD tak boleh digunakan. Saya dibawa ke kantin sekolah untuk minum pagi, kerana ibubapa hanya dua tiga orang sahaja yang sampai.
Sambil memerhati kawasan sekolah yang tenang, kerana muridnya tak sampai dua ratus orang, hanya ada 6 kelas sahaja. Bangunan lama setingkat, kecuali pejabat dua tingkat. Murid tahun 2 ada pjk di atas tapak runtuhan bangunan. Padang sekolah ada, tetapi ditenggelami air.
Sambil berbual dengan Cikgu Zaki, makan nasi lemak dan teh tarik. Jam 9.10 pagi barulah boleh bermula majlis, kerana dewan hampir penuh dengan kaum ibu lebih ramai, kaum bapa adalah 5 orang sahaja. Saya sudah biasa dengan keadaan begini. Bila ada majlis perjumpaan dengan ibubapa, biasanya kaum ibulah yang paling ramai. Itulah dikatakan syurga di bawah tapak kaki ibu, sebab kaum ibu lebih prihatin kepada anak-anak berbanding kaum bapa. Kaum bapa sibuk sokmo!!!
Setelah menyampaikan taklimat kepada ibubapa mengenai program kecemerlangan Tahun 6, akhirnya Cikgu Zaki menjemput saya untuk menyampaikan ceramah, tetapi masa dah lewat hampir 9.45 pagi.
Tak banyak yang boleh saya sampaikan cuma ada beberapa perkara yang saya utarakan kepada ibubapa dalam majlis tersebut ialah mengenai tanggungjawab dan amanah ibubapa terhadap pendidikan anak-anak. Saya timbulkan kisah sewaktu zaman Saidina Umar Al Khattab menerima pengaduan seorang bapa mengenai anak lelakinya yang dikatakan derhaka, tetapi dihujah oleh anaknya dengan menyatakan bahawa ayahnyalah yang derhaka kerana pertama memilih ibunya daripada kalangan perempuan yang tidak baik perangainya, tidak mendidik dan memberikan ilmu yang cukup kepadanya dan ketiga menamakannya dengan nama yang tidak baik. Akhirnya Saidina Umar bersetuju bahawa ayahnyalah yang derhaka terhadap anaknya.
Kedua, saya berkongsi pengalaman mengurus di SKSS1 mengenai program tasmek diwaktu pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran. Saya menyarankan agar ibubapa mempastikan anak-anak mereka boleh baca Quran, solat cukup 5 waktu dan berikan makanan yang baik lagi halal., Al Quran mampu melembutkan hari anak-anak, menerangkan hati mereka, mempebaiki tingkah laku mereka. Disamping itu saya tunjukkan video clip sesi tasmek di SKSS1.
Lebih kurang 40 minit bercakap saya menamatkan ceramah ringkas, banyak perkara yang tidak sempat disampaikan kerana aturcara majlis terlalu suntuk. Akhir sesi sewaktu minum dikantin GB memberitahu saya ada penjaga yang menyumbang seratus ringgit untuk membeli Quran kepada murid-murid. Alhamdulillah ada respon terhadap ucapan saya. Dan seorang wanita bukan orang Terengganu mendekati saya dan meminta no telefon untuk dihubungi kemudian. Mungkin nak jemput saya berceramah di tempat beliau bertugas.
Inilah pengalaman pertama saya selepas bersara, sempat juga berkongsi ilmu dengan ibubapa. SEronok juga jika ada sekolah yang sudi menjemput saya. Hari sabtu ini saya akan ke SK Gong Badak untuk perkembangan staff, guru-guru sekolah tersebut.
No comments:
Post a Comment