Setelah membaca SMS daripada Haji Lokman pada minggu lepas, saya mula yakin bahawa beliau akan berhenti kerja. Dua hari lepas saya mengambil beliau dari Aiport Sultan Mahmud, Kuala Terengganu bersama Asyraf Muslim, beliau mengesahkan telah letak jawatan 24 jam pada 31 Disember 2010. Berakhirlah kerjaya beliau setelah hampir 15 tahun berkhidmat di Suruhanjaya Securiti sebagai Pengurus Keselamatan.Sebelum itu beliau pernah bertugas dengan Shell di Miri, Sarawak.
Sekarang beliau akan menumpukan sepenuh masa sebagai Pengurus Pusat Rawatan Perubatan Al Hidayah di kediaman beliau di Villa Bestari, Sungai Pusu, Gombak. Klinik Perubatan Al Hidayah akan beroperasi seperti klinik biasa, iaitu dibuka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Masa operasi bermula jam 9.00 pagi himgga 5 petang, kemudian sebelah malam dibuka mulai jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.
Setelah hampir sepuluh tahun lebih beliau menjalankan rawatan perubatan Syifa Al Hidayah hanya di waktu malam sahaja, kecuali hujung minggu daripada siang hingga ke larut malam, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk menjalankannya sepenuh masa. Tahniah dan syabas kepada Tuan Haji Lokman kerana berani mengambil langkah yang positif kearah melaksanakan amanah Allah, dalam usaha menyakinkan masyarakat bahawa ayat-ayat suci Al Quran, kalam Allah mampu menjadi penawar, penyembuh segala jenis penyakit samaada yang berpunca daripada gangguan mahkluk halus ataupun berpunca daripada virus atau kuman ataupun penyakit ”medical”.
Selama dua hari satu malam beliau dan Asyraf memberi rawatan pelbagai jenis penyakit di rumah saya di Kuala Ibai yang melibatkan hampir 300 orang pesakit. Bermula jam 10.30 pagi Sabtu (8.1.2011) hingga Ahad (9.1.2011) jam 2.00 petang. Tak sempat nak berbual panjang dengan beliau disebabkan kesibukan melayani terlalu ramai pesakit yang hadir samaada yang baru pertama kali ataupun yang sudah ada temujanji.
Hari sabtu rawatan sehingga jam 3.00 pagi. Jarang-jarang ada klinik yang beroperasi sehingga pagi. Tetapi bagi Haji Lokman dan Asyraf waktu itu masih awal lagi, kerana di rumah beliau biasanya jam 4.00 pagi barulah selesai memberi rawatan. Jam 6.00 pagi bangun tidur bersiap pula untuk ke tempat kerja. Itulah rutin kehidupan Haji Lokman.
Suatu perubahan yang terpaksa dilakukan dalam melaksanakan rawatan ini mulai pertengahan bulan ini, ialah beliau terpaksa mengenakan bayaran untuk setiap rawatan yang diberi. Berbeza sebelum ini, pesakit hanya memasukkan wang ikut keikhlasan hati ke dalam Tabung Anak Yatim yang disediakan. Tetapi memandangkan beliau sudah tiada sumber pendapatan lagi kerana telah berhenti kerja, maka untuk menyara keluarga dan menampung kos hidup yang semakin tinggi, beliau dengan izin Allah akan mengenakan sedikit bayaran untuk perkhidmatan yang diberi. Berapa jumlahnya, tak mahal, hanya RM50.00 seorang bagi sakit biasa, tetapi jika ada unsur rasukan bayarannya RM80.00 seorang. Manakala 10% daripada bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam Tabung Pembinaan Rumah Anak Yatin Janda Baik.
Saya kira jumlah bayaran tersebut tidak membebankan. Bukan bermakna beliau ”menjual ayat Quran” tetapi sebagai manusia, beliau perlu makan, minum, tempat tinggal dan perjalanan serta pergerakan beliau dengan kapal terbang dan kereta perlu dibayar. Oleh itu saya yakin dan percaya bagi sesiapa yang pernah menerima rawatan beliau, bayaran tersebut tidaklah seberapa berbanding dengan harga kesembuhan daripada rawatan tersebut.Sewaktu memberi rawatan di Kuala Ibai pada dua hari lepas ada beberapa peristiwa yang menyebabkan saya terkejut iaitu kereta ambulan KTS masuk ke ruang laman rumah saya. Rupa-rupanya seorang pesakit yang telah tidak sedar diri beberapa hari kerana sawan dibawa oleh anak-anaknya untuk mendapatkan rawatan daripada Haji Lokman. Dengan katil sekali gus dibawa masuk ke dalam klinik. Ada 5 orang pesakit dirawat yang berkerusi roda. Dan yang menariknya ada seorang bayi yang baru dilahirkan kembar tiga turut juga berubat.
Untuk makluman pembaca saya telah mengenali Tuan Hajo Lokman lebih daripada 7 tahun. Orang yang memperkenalkan kami berdua ialah Ustaz Haji Mohd Shukri bin Ali, Pegawai Agama Istana Terengganu. Sewaktu itu saya menjadi Guru Besar di SK Seri Budiman, Kuala Terengganu.
Pada awal tahun 2004 kehadiran pesakit tidak seramai sekarang. Tetapi semenjak program "As Syifa" keluar dalam TV Astro, permintaan melambung tinggi, sehingga pesakit terpaksa menunggu sampai lebih empat bulan barulah boleh berjumpa dengan Haji Lokman.Saya bersyukur kerana mengenali Haji Lokman. Apa yang menyebabkan saya seronok bersama beliau, ialah secara tidak langsung saya turut terlibat dalam usaha untuk mempromosikan kepada semua orang agar membaca al Quran. Untuk sembuh, pesakit wajib membaca ayat-ayat yang diberi. Membaca ayat-ayat ini ibarat makan ubat. Jika tidak dibaca ayat yang disyorkan, maka seolah-olah pesakit tidak makan ubat.
Bagi mereka yang kurang mesra dengan al Quran, maka mereka perlu belajar membaca al Quran. Sesungguhnya membaca al Quran ini ibarat komputer yang memerlukan Windows untuk menghidupkannya. Jika windows itu rosak ataupun 'corrupt' maka komputer tak akan hidup.
Begitulah manusia, apabila meninggalkan al Quran, seolah-olah komputer yang dibeli mengguna pakai program yang direka sendiri. Akhirnya timbullah pelbagai masalah. Kita berhenti dulu setakat ini.
Bersambung.......

Yang jadi keliru bila seseorang guru sudah menempa nama pasti mula mengenakan bayaran. Bukankah ada ayat seribu dinar yang meyakinkan.
ReplyDeleteKenapa perlu takut tak cukup makan, sedangkan kita sudah memilih jalan. Jika takut susah tak cukup bekalan, dimanakah keikhlasan sedangkan ikhlas itu kalis setan. Jika takut dipukul gelombang, jangan berumah di tepi pantai.
Dah takut jadi susah jangan diduga kalau kail panjang sejengkal. Maaf saya singgah sekadar benci pada hakikat budi yang sebenarnya ini kemana perginya nanti.
Padahal gangguan yang terjadi adalah untuk menduga akal perawat itu sendiri.
aper la sedap2 mulut jer cakap kat orang?? memang la BUDI YANG IKHLAS tu janjinya SYURGA. TAPI SEBELUM CAKAP TU PIKIR LA, JIKALAU KITA BERADA DI TEMPAT YANG SAMA, APA YANG KITA BUAT?? AGAK2 LEBIH TERUK TAK?? HISAB DIRI DULU SEBELUM KUTUK ORANG LAIN... TAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.
DeleteSaya setuju dengan Qaseh Bonda. Ustaz Lokman bukan yang pertama dan yang terakhir...begitulah naivette orang Melayu....
ReplyDeleteSaya setuju dengan mereka berdua di atas ...kita sanggup bayar beribu2 untuk mendapat rawatan di hospital atau kelinik. Tapi nak bayar masa orang lain yang kita ada keyakinan perubatan nyer juga dengan kuasa Allah kita rasa lokek dan kita anggap Allah akan bagi kita makan dan minum begitu sahaja.
DeleteKepada Hj Lokman dan pengamal perubatan lain nyer persetan kan pendapat sebegini. Anda berhak mengenakan bayaran sekadar nya. Jangan berlebihan sudah lah.
Kita ada pilihan nak dapatkan rawatan atau tidak itu terpulang bukan ada paksaan..
nak byar sewa kedai.. bil air .. letrik.. kebajikan staff..nak sara keluarga.. masa dan tenaga.. ingat boleh pakai air liur ker.. bayar cikgu tuisyen untuk anak belajar matematik atau bahasa inggeris beratus sebulan tak menjadi hal tapi nak bayar ustaz mengajar anak kita mengaji 10 ringgit pun nak jadi isuu.... inilah mentaliti orang kita.
ReplyDeletetak faham betul org yg suka memberi komen2 yg tak masuk akal..
ReplyDeletepergi ke hospital, pakar2 kecantikan bayar puluhan ribu boleh pulak, nk bayar upah air liur & doa2 dr mereka dengan harga yg xseberapa pun nk berkira.. ingat depa tk minum air ke masa nk baca doa? minum air nk kena minum air masak, nk masak air lagi, nk bayar duit air lagi tu tk kira? apa punya komen pun tak tahu..
Apa agaknya kelayakan Asyraf tu, dia belajar macam nak mampos mcm Dr pakar tu ke?
ReplyDelete