Tuesday, January 11, 2011

Warkah dari Pesakit


Published by syifahidayah under Uncategorized

Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah swt dan sembuh dari penyakit yang dihadapi adalah ketentuan Allah swt juga. Sepanjang 12 tahun pengalaman saya dalam perubatan ilmu Al-Quran ini, ramai pesakit yang sudah sembuh dan ada juga yang tidak dapat disembuh. Sebab itu saya selalu menasihati pesakit kita boleh berikhtiar tetapi yang menentukan sembuh atau tidak sembuh adalah Allah swt.

Di dalam video Astro Oasis siri Penawar Syifa yang terdapat didalam blog saya ini terdapat banyak testimoni dari pesakit-pesakit yang telah sembuh dan ada juga pesakit dalam siri itu yang telah kembali kepada Allah saw. Di bawah ada testimoni dari seorang pesakit saya yang menghidapi penyakit thyroid. Bacalah testimoni beliau semoga ia boleh menjadi pelajaran kepada kita semua.
————————————————————————————————
Assalamualaikum wbrt, 

Tuan Haji Lokman,
Bersama ini saya sertakan catatan ringkas tentang penyakit thyroid dan complication terhadap mata saya, seterusnya rawatan yang telah saya ambil di hospital dan juga rawatan di Perubatan Syifa Al-Hidayah. Semoga dengan catatan ringkas saya ini dapat meyakinkan bahawa perubatan Islam tidak terbatas untuk penyakit-penyakit gangguan sihir semata-mata, malah termasuk juga penyakit fizikal yang jelas dan diakui oleh perubatan moden.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Haji dalam membantu perawatan penyakit saya.

Sekian terima kasih.
—————————————————————–

Nama saya Puan A dan berumur 40 tahun. Saya telah dikesan mempunyai penyakit Hyperthyroidism semenjak tahun 1991 ketika berusia 21 tahun. Hyperthyrodism adalah keadaan di mana keadaan kelenjar thyroid yang aktif menyebabkan penghasilan paras hormon thyroid yang tiggi dalam darah. Akibat daripada aktiviti hormon thyroid yang aktif menyebabkan kesan-kesan seperti rasa panas yang keterlaluan (heat intolerance) dan banyak berpeluh, rasa berdebar-debar (palpitation), rasa capat marah, keadaan jari yang terketar-ketar (fine tremor), gangguan kitaran haid dan cirit-birit (diarrhoea).

Semenjak itu saya telah mengambil ubat Carbimazole sebagai rawatan dan mengikuti rawatan susulan di hospital secara teratur.  Walaupun keadaan penyakit saya terkawal dengan pengambilan ubat, tetapi saya  telah mengalami beberapa kali relapse (berulang) dan pada tahun 2004 saya telah menjalani rawatan radioactive iodine (RAI) sebagai alternative rawatan memandangkan keadaan saya yang kerap relapse. 

Dengan rawatan RAI ini, penyakit Hyperthyroidism dijangka dapat dikawal tetapi akan menyebabkan pesakit mengalami keadaan sebaliknya iaitu Hypothyroidism di mana paras hormon thyroid menjadi terlalu rendah pula dan pesakit perlu mengambil ubat Thyroxine sebagai gantian kerana tubuh badan kita memerlukan paras hormon thyroid yang optimum untuk berfungsi dengan baik. 
Dalam tempuh setahun selepas saya menjalani rawatan RAI, keadaan kesihatan saya secara keseluruhannya adalah stabil dan terkawal dengan pengambilan ubat Thyroxine dan rawatan susulan di hospital. Walau bagaimanapun, saya mula mendapat kesan sampingan penyakit Hyperthyroidism, di mana saya mengalami keadaan di mana mata saya “membengkak” secara unilateral (sebelah kiri lebih besar daripada sebelah kanan) dan bola mata kiri agak menonjol keluar. Saya tidak merasa sebarang kesakitan dan Alhamdulillah fungsi penglihatan juga tidak terjejas secara keseluruhannya. Saya dirijuk kepada klinik pakar mata di hospital yang sama dan pakar mata telah kenal pasti penyakit mata saya sebagai Dysthyroid Eye Disease.  Sebagai rawatan saya perlu mengambil ubat Prednisolonedan sejenis ubat immune-suppressant untuk meredakan kesan radang pada tisu mata.

Saya faham bahawa rawatan moden adalah hanya untuk mengelakkan fungsi mata saya terjejas dan mengalami keadaan yang lebih rumit. Rawatan moden tidak mampu memulihkan keadaan fizikal mata saya yang telah menjadi “tidak normal” di mana bola mata kiri saya kelihatan lebih menonjol keluar. Saya harus terima kenyataan dan keadaan tersebut dengan pasrah dan redha.
Semasa saya terus menjalani rawatan susulan di hospital, pada sekitar pertengahan tahun 2008, keluarga saya telah mencadangkan agar turut mencuba perawatan Islam di Perubatan Syifa al-Hidayah dalam masalah kesihatan saya.  Dalam perawatan tersebut saya telah disarankan untuk membaca ayat-ayat Al-Quran tertentu setiap pagi selepas solat Subuh dan juga sebelah malam selepas solat Magrib atau Ishak. Saya juga diberi air minum dengan niat agar penyakit saya disembuhkan. Semenjak itu saya telah terus mengikuti rawatan susulan mengikut temujanji yang diaturkan. Di samping itu, saya masih meneruskan pengambilan ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor pakar di hospital.

Setelah terus menjalani rawatan di Perubatan Syifa Al-Hidayah dari masa ke samasa, Alhamdulillah keadaan fizikal mata saya beransur-ansur bertambah baik. Keadaan “bengkak” mata kiri saya beransur-ansur kurang dan bola mata yang menonjol keluar juga semakin kurang ketara. Di samping itu, paras hormon thyroid saya terus terkawal. Perubahan fizikal mata saya yang semakin baik turut diakui oleh doktor pakar yang merawat saya. Begitu juga mereka di sekeliling saya, keluarga dan rakan-rakan turut menyedari perubahan fizikal mata saya.

Kini, saya masih lagi meneruskan perawatan di Perubatan Syifa Al-Hidayah dan juga dihospital.  Alhamdulillah, saya bertambah yakin bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, dan Al-Quran itu adalah sebaik-baik penawar kepada segala penyakit


Ku sangka sihir rupanya saka…

Published by syifahidayah under Gangguan Saka,Gangguan Sihir

Kami menaiki Mas flight ke Sandakan pada hari Jumaat, 17 Desember 2010. Dalam flight kami leka main iPad jadi perjalanan yang makan masa 2 jam setengah tidak rasa lama. Sejak ada ipad ni, kami jarang tidur dalam flight. Sepanjang perjalanan, saya tulis nota dalam iPad perkara-perkara yang harus kami lakukan until membuat persedian dan rancangan penubuhan organisasi baru kami Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah. 

Sampai di Sandakan, jam 6.30 petang, hari sudah malam. Di sini waktu magrib awal, jam 5.45 petang sudah magrib. Ini adalah kali pertama kami menjejakan kaki kami di bumi Sandakan. Sahabat kami Fairul menjemput kami di lapangan terbang. Pertama kali berjumpa dengan Fairul. Ini semua kehendak Allah, pergi ke tempat yang kami tidak pernah pergi tapi sudah ada sahabat yang menyambut kedatangan kami. Semua kemudahan logistik, tempat penginapan dan tempat until berubat telah disediakan. Alhamdulilah syukur kepada Allah.

Keesokan hari, Sabtu kami dibawa ke pejabat Fairul untuk mengubat. Ketibaan kami sangat di nanti oleh penduduk Sandakan. Ramai pesakit dari persekitaran kawasan Sandakan dan dari Sempurna, Lahat Datu, Tawau dan Suan Lamba datang untuk berubat dengan kami. Terdapat juga pesakit yang datang untuk membuat rawaatan dari Kota Kinabalu dan Brunai datang berjumpa dengan kami hari itu.

Seperti biasa berbagai jenia penyakit dirawat dari penyakit kanser, kerosakan buah pinggang, SLE, cerebral parsi, urat saraf hingga ke sakit gangguan sihir dan saka. Pada keselurohannya kebanyakan pesakit yang kami rawat di Sandakan adalah sakit gangguan sihir atau gangguan sihir. Dalam lawatan kali ini, kami merawat sebanyak 100 orang pesakit.

Kami rasa pelik bila berubat disini sebab 75% dari penyakit yang diubati terdiri dari sakit gangguan sihir atau gangguan saka. Kebanyakan daripada pesakit yang datang tidak sedar mereka ada gangguan saka dalam badan mereka. Terdapat beberapa insiden yang kami sangka benda halus dalam badan pesakit itu adalah gangguan sihir tetapi gangguan saka.  Bila ditanya kepada sahabat kami Fairul kenapa ramai pesakit gangguan disini, dia menyatakan amalan sihir menyihir dan perbomohan adalah amalan budaya yang masih kuat diamalkan dari dahulu hingga sekarang. 

Terdapat banyak amalan-amalan kurafat yang masih dipraktikan dikalangan masyarakat disini.  Antara amalan kurafat yang sangat popular ialah kegunaan tudung muka mayat atau tudung penutup muka jenazah. Tudung penutup muka ini jadi rebutan dikalangan orang-orang pengamal ilmu sihir. Mereka menggunakan tudung penutup muka mayat untuk membuat sihir ilmu pemisah atau sihir penghalang jodoh atau menutup rezeki sesaorang. Amalan sihir yang dikutuk dan dilaknati oleh Allah swt masih lagi berleluasan di kawasan ini.

Saya merawat seorang pesakit lelaki berumur 18 tahun. Mengikut kedua ibubapa pesakit itu, anak mereka sering hilang akal dan selalu mencederakan diri sendiri di rumah. Bila discan, terdapat 46 ekor jin dalam badan pesakit ini. Selepas disoal jawab, didapati pesakit ini pernah mengikut kumpulan KRK (kappa rho kappa), sebuah kumpulan berasal dari Phillipines. Untuk menjadi anggota kumpulan ini, pesakit ini dikehendaki melalui acara permujaan yang bertentangan dengan agama islam. Amalan syirik ini melibatkan pemujaan iblis dan merosakkan aqidah. Bila diteliti di tangan pesakit, terdapat tanda 3 titik yang sejajar yang melambangkan anggota kumpulan ini.

Kami solat zohor untuk hari itu di Masjid Besar, Sandakan. Sungguh strategic lokasi masjid itu terletak di atas sebuah bukit dan di tepi pantai. Kami diberitahu semasa kejadian tsunami dua tahun lepas, ramai penduduk Islam dan bukan Islam di kawasan itu berhimpun di masjid itu untuk menyelamatkan diri, walaupun disitu ada sebuah rumah berhala Cina yang juga terletak diatas sebuah bukit. Kenapa orang bukan Islam tidak pergi ke rumah berhala Cina dan berlari ke masjid itu sebab teringat peristiwa di Acheh di mana orang ramai yang berhimpun di masjid terselamat dari ancaman tsunami. Bila keadaan bergini ramai yang bukan Islam percaya akan keajaiban kekuasaan Allah tetapi masih lagi tidak mahu menganut agama Allah.

Keesokan hari, kami berpeluang menziarah Kampong Sim Sim, perkampungan atas air di tepi pantai. Memanglah unit dan berlainan persekitaran kampung atas air yang menempatkan beratus rumah rumah penduduk tempatan. Rioh sekampung bila ada berita artist dari Semenanjung menziarah perkampungan mereka. Kami puas bergambar atas titian kayu usang yang menyambung rumah-rumah disitu. Gerun juga bila berjalan atau titian kayu yang sudah usang sebab dibawah air laut yang dalam. 

Kami sempat pergi ke Sepilok kawasan hutan simpanan untuk kediaman orang-orang utan. Selain dari menengok orang utan disitu, kami sempat berjumpa dengan 9 raja jin disitu. Kami diberitahu tempat itu terdapat 9 negeri jin. Kami dihampiri oleh beberapa ekor raja jin yang ingin mendampingi kami. Kami menolak perlawaan raja jin itu atas sebab kami ikut akan perintah Allah swt melarang umat Muhammad mendampingi golongan Jin. Bila perlawaan mereka kami menolak, dengan sinis seorang dari raja Jin itu berkata “bodoh sebodoh bodoh manusia..”. 

No comments:

Post a Comment