Semalam saya ke Farmasi Lau membuat ujian gula, kolesterol dan tekanan darah. Untuk pertama kali dalam sejarah hidup saya menguji kadar gula dan kolesterol. Ini mengikut nasihat rakan saya Cikgu Man Akil, pun dah bersara awal daripada saya. Beliau menyarankan kepada saya untuk membuat ujian di Farmasi, cepat dan murah.
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat kadar kolesterol saya 6.59, manakala kadar gula dalam darah hanya 5.4 (normal) dan tekanan darah 124 / 84 Alhamdulillah normal. Pekerja Farmasi Lau menyarankan kepada saya untuk makan Red Rice Yees keluaran Australia dan Minyal sayur-sayuran, memandangkan saya tidak pernah makan ubat untuk darah tinggi ataupun kencing manis. Untuk itu saya bersetuju dan terbanglah duit hampir RM160, tapi tak apalah asalkan ianya berkesan.Petang tu jugak saya mula kayuh basikal.
Selepas balik sayapun mulalah mencari maklumat daripada internet bagaimana nak kurangkan kolesterol. Jadi sayapun jumpalah artikel ini, lalu saya masukkan untuk dikongsi bersama, harap-harap tuan punyanya izinkan, jika tidak saya akan padam semula.
Posted on mymekar
Assalammualaikum…
pic : syarasin.blogspot.com
Sejak kebelakangan ni artikel di  mymekar.com banyak berkisar tentang kolestrol. Walaupun mekar bukanlah  penghidap kolestrol yang serius tetapi pengalamanku yang nyaris-nyaris  terjerumus ke arah itu (kisahnya di artikel kolestrol oh kolestrol)  membuatkan mekar sangat berhati-hati. Seboleh mungkin  mekar mahu  mewar-warkan sekerapnya kepada anda semua tentang bahaya penyakit ini  jika tiada pencegahan awal.
Berikut ini adalah 6 jenis makanan yang boleh dijadikan sahabat untuk  anda yang bercita-cita mahu menurunkan paras kolestrol. Point ini mekar  perolehi melalui pembacaan di majalah dan info di internet. Ada yang  pernah menjadi amalan mekar sebelum ini dan ada yang baru untuk  diamalkan. Antara makanan yang perlu dijadikan sahabat ini adalah :-
sajian oat sangat bagus untuk kesihatan jantung
1. Teh - Minum teh  setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda  mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah  tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik. Pelbagai  perisa teh terdapat dalam gobok dapur mekar. Alhamdulilah tak  sia-sialah amalan mekar dan mr suami selama ini kerana kami suka  menikmati secawan teh panas tanpa gula.
pic : syarasin.blogspot.com
2. Anggur – Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh sesorang. Mekar tak pernah mis beli anggur setiap kali ke pasaraya. Yang menjadi pilihan tentulah yang crunchy dan manis. kruk..kruk
3. Minyak Zaitun  – Memasak menggunakan minyak zaitun amat digalakkan kerana ia mempunyai  campuran anti oksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar  dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih  sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat  kimia. Semenjak tubuhku  mencapai  bacaan kolestrol yang tinggi membuatkan mekar beralih  menggunakan minyak zaitun dalam beberapa jenis masakan tertentu.  Harganya memanglah mahal  :oops:   Oleh itu, puan-puan harus pandai  berjimat ya   
 
 
 4. Oat – Iklan di  televisyen kerap-kali melaungkan kebaikan oat untuk kesihatan jantung.  Ia mengandungi serat larut yang mampu melawan kehadiran kolestrol jahat.  Ia juga dapat menurunkan jumlah penyerapan kolestrol dalam sistem  pencernaan anda. Sebenarnya ini  adalah makanan yang paling sukar untuk melepasi anak tekak mekar. Tak  tahu kenapa.  Nampak gayanya mekar harus lebih kreatif di dalam  menyediakan sajian ini agar dapat menarik minat seleraku. Macamana nak  bagi oat ni berasa sedap?
5. Ikan – Ikan kaya  dengan asid lemak tidak tepu atau omega 3. Selain dapat menurunkan paras  kolestrol dalam darah, asid ini juga mencegah terjadinya pengumpulan  kepingan-kepingan darah yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat.  Mengikut saranan pakar, amalkan memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali  seminggu. Panggang atau bakar ikan anda, ia lebih sihat ! Dulu  mekar suka makan ikan yang digoreng ggariing. perh… Kalau ada gulai  kari lagi bertambah selera itu. Tapi Sekarang  bertukar memasak ikan  ala-ala sup dan stim.
6.  Epal -  Buah ini kaya dengan bahan anti oksida dan serat. Ia turut mempunyai  vitamin C yang baik untuk kesihatan. Makanlah epal dengan kulitnya  sekali untuk mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang  berguna untuk menurunkan paras kolestrol  dalam darah. Epal hijau lagi bagus. Tapi mekar suka makan epal merah    
 
 
 Sesekali  makan lah makanan yang bebas kolestrol ini walaupun anda bukanlah  sedang berdiet. Makanan seperti ini mampu membantu mencegah penyakit  sekiranya kita rajin mengamalkannya. Ada apa-apa lagi makanan terbaik  untuk mengawal kolestrol yang anda tahu. Jom kongsi sama-sama.
sumber: 




 
No comments:
Post a Comment