Harakahdaily, | 29 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR:
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengucapkan tahniah di atas
kejayaan rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan Berrsih 3.0 semalam.
Menilai kepada jumlah kehadiran orang di samping rangkaian protes serupa yang dianjurkan di seluruh dunia, Abim beranggapan ia memberikan isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa yang mahukan sistem pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya diamalkan di negara yang tercinta ini.
Demikian kata Amidi Abdul Manan, Presiden Abim dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan Bersih 3.0 semalam.
Dalam hal ini, katanya, Abim mengimbau semula pelbagai rungutan serta kekhuatiran yang diutarakan oleh rakyat berhubung dengan isu ini, seperti kewujudan nama pengundi yang meragukan (pengundi hantu), integriti saluran undi POS, akses saksama kepada media untuk semua parti politik, dan integriti serta kedudukan institusi-institusi awam selaku badan yang bebas dari pengaruh partisan mana-mana kelompok politik di samping amalan politik kotor dan rasuah yang sering diperkatakan di peringkat akar umbi.

"Semoga penganjuran perhimpunan aman ini akan menggerakkan perubahan
drastic serta agresif dan komprehensif terhadap tatacara pengendalian
pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya.
"Sesungguhnya penglibatan serta pandangan yang dikemukakan oleh
rakyat adalah bukti kematangan masyarakat sivil wujud di negara ini, dan
sekaligus merupakan bench mark utama terhadap kualiti sumber daya insan
yang ada di negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.
Menurut beliau, dari konteks umat Islam selaku teras peneraju politik di negara ini, Islam menganjurkan integriti serta ketelusan merupakan esensi penting yang ditekankan dalam kehidupan seseorang Muslim.
"Islam menganjurkan setiap amalan serta pekerjaan dilaksanakan dengan jujur serta ikhlas untuk imbalan berbentuk keberkatan serta keredhaan dari Allah s.w.t.

"Keberkatan serta keredhaan dari Allah s.w.t hanya boleh dicapai
seandainya teras utama ajaran Islam yang menganjurkan amanah, keikhlasan
serta kejujuran diamalkan di pelbagai peringkat," tegas beliau.
Bagi beliau, kemuafakatan atau konsensus dalam Islam boleh dirangka melalui kepelbagaian pandangan dan pendapat yang diuruskan dengan hikmah serta harmoni.
Pengendalian pilihanraya yang telus serta tidak diragui integriti tatacara penganjurannya merupakan esensi penting untuk mendapatkan permuafakatan serta konsensus secara berkat serta diredhai Allah yang akan meresap jauh dalam denyut nadi serta amalan rakyat. Natijahnya, pembentukan Negara Barakah yang merangkumi esensi keberkatan dan keredhaan illahi dapat direalisasikan.
"Di akhir kalam ini, Abim ingin merakamkan ucapan tahniah atas partisipasi rakyat Malaysia dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 ini," katanya

No comments:
Post a Comment