Tazkirah Remaja Bersama Mohd.Zawawi Yusoh
MELIHAT gelagat remaja dewasa kini amat membimbangkan. Memang bukan semua bermasalah namun ramai remaja yang nampak tidak kena. Terdapat beberapa faktor yang membuatkan kita rosak, antaranya teman dan salah memilih sahabat.
Marilah sama-sama kita memberi perhatian serius terhadap pemilihan sahabat.
Carilah teman baik yang dapat membantu. Teman paling baik juga ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan mengingati mati.

“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (Hadis riwayat al-Hakim).
Allah s.w.t mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, mereka tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari daripada berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, mereka dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri sebagai seorang manusia normal.
Itulah antara hikmah kenapa Allah mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuan-Nya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada sahabat yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi suka duka bersama kita dan tidak kurang juga sahabat yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan saja.
Pendek kata, sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang. Justeru, jika salah pilih sahabat pasti kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (Hadis riwayat Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

· Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
· Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
· Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
· Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
· Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
· Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
· Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
· Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
· Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
· Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
· Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
· Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
· Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
· Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ibu bapa berhati-hatilah jika memilih sahabat kerana sahabat kita boleh bahagia dan sahabat juga mampu menjahanamkan kita.
Berhati-hatilah atau tinggalkan saja sahabat seperti di bawah:

· Sahabat yang tamak iaitu hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan mereka hanya mementingkan diri sendiri.
· Sahabat hipokrit iaitu menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal lampau, atau hal mendatang. Dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong. Jika ada kesempatan membantu, dia tidak sanggup.
· Sahabat pengampu. Mereka setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah.

Yang parahnya, dia setuju dengan hal yang dia tidak berani menjelaskan kebenaran. Di depan dia memuji dan apabila di belakang dia merendahkan diri atau mengkhianati amanah kamu. Sahabat yang boros dan suka berhibur. Golongan itu menjadi kawan jika kamu suka berpesta, berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya.
Solat khusyuk cegah kemungkaran
ALLAH mengurniakan hamba-Nya al-Quran dan sunnah iaitu dua pusaka penting yang ditinggalkan Nabi kepada umat Islam.
Al-Quran dan hadis melahirkan peraturan hidup yang dinamakan syariat. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh padanya kamu tidak sesat selamanya iaitu kitab Allah dan sunnahku.”
Untuk berada di landasan hidup yang betul, kita perlu ilmu dan menjadi individu celik syariat iaitu tahu apa bentuk suruhan serta larangan Allah, kenal ibadat, prihatin apa yang terbaik baginya sebagai seorang Muslim.
Allah berfirman bermaksud: “Jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku (Allah), sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak sesat dan tidak celaka. Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Surah Thoha ayat 123).
Bagi mencapai kejayaan cemerlang, umat Islam perlu beribadat malah dalam perancangan hidup, ibadat wajib diberikan keutamaan.
Ibadat adalah latihan merangkumi minda, hati dan jasad manusia.
Disiplin yang ada dalam ibadat menjadikan seseorang itu cemerlang dalam hidupnya.Antara ibadat penting dalam kehidupan seharian umat Islam adalah solat. Untuk berjaya dalam hidup, solat tidak boleh diabaikan sama sekali.
Ibadat solat adalah ibarat ‘tiang’ dalam Islam. Malah ketika dalam peperangan sekalipun solat tidak boleh ditinggalkan.Solat perlu ditunaikan dengan berdiri dan jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan jika tidak mampu duduk, boleh dengan cara baring.
Jika tidak mampu lagi, terlentang dan tidak mampu lagi, boleh mengiring.Sekiranya masih tiada daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga, lakukan dengan isyarat hati.
Hari ini ramai orang memperkecilkan solat. Tidak hairanlah terjadinya pelbagai masalah sosial. Gejala seperti terbabit dengan penyalahgunaan dadah, meminum arak, seks bebas, derhaka kepada ibu bapa, menculik, ponteng sekolah, pembunuhan, ragut, pecah rumah dan sebagainya.
Semua itu berpunca daripada tidak solat. Jika solat pun tidak tahu sah atau batal. Itu belum lagi masuk perkara khusyuk dalam solat atau mengenai bacaan dan tajwid.
Apabila solat tidak sempurna, tidak sempurnalah akhlak dan perangai. Firman Allah dalam surah Maryam, ayat 59, maksudnya: “Maka datanglah selepas mereka yang mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka menjadi sesat.”
Abdullah bin Abbas menyatakan, maksud mencuaikan solat bukannya meninggalkan solat tetapi juga melewatkan dari waktunya. Solat bukan saja menghapuskan dosa sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud: “Solat menghapuskan dosa antara satu solat dengan satu solat yang lain kecuali dosa besar.”
Imam Abu Aaliayah berkata: “Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh mencegah dosa. Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk serta zikrullah.
Keikhlasan membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk mencegah perbuatan jahat, sementara zikrullah (ingat Allah) pula mencegah mungkar (kejahatan) dan menanam makruf (kebaikan).
Ada sesetengah ulama dulu apabila tiba saat hendak menghembuskan nafas terakhir, masih sempat meminta pertolongan orang mengambilkan wuduk untuknya supaya dapat mengerjakan solat.
Malah, ada yang minta diusung ke masjid kerana hendak mati di tempat solat.Justeru, janganlah kita mengabaikan perintah dan kewajipan solat yang menjadi rutin hidup kita. Setiap kali solat, anggaplah itu mungkin solat yang terakhir buat kita.

No comments:
Post a Comment