Sunday, November 21, 2010

AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT


  1. Ada manusia yang dibangkit di hari akhirat dengan wajah seperti seekor babi sebab dosa tidak bersolat dan mempermudahkannya.
  2. Ada yang dibangkit perut buncit sebesar gunung besar yang didalam perut ada ular sebesar keldai siksaan bagi yang tak keluarkan zakat.
  3. Ada yang dibangkit di akhirat keadaan mulut mereka mengeluarkan darah disebabkan menipu dalam urusan jual beli.
  4. Ada yang dibangkit dengan keadaan badan bengkak-bengkak dan berbau busuk seperti bangkai, ini kerana orang alim sembunyikan yang benar dan tak tegur kesalahan penguasa.
  5. Ada yang dibangkit dari kubur keadaan halkum mereka terputus-putus kerana suka berdusta dan sumpah palsu.
  6. Ada yang dibangkit dari kubur lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah kerana menghalang atau melarang orang jadi saksi.
  7. Ada yang dibangkitkan dalam keadaan kepala ke bawah, kaki ke atas, kemaluan ditusuk besi panas hingga bernanah akibat perbuatan zina.
  1. Ada yang dibangkit dari kubur dengan muka yang hitam, mata berwarna biru kotor, perut dipenuhi api kerana makan harta anak yatim.
  2. Ada yang dibangkit di akhirat dengan keadaan badan penuh kudis, sopak dan kurap kerana mendurhakai ibu bapa.
  3. Ada yang bermata dan bergigi seperti tanduk lembu, bibir melepasi paras dada serta lidah terjulur, mulut keluarkan benda kotor sebab suka minum arak.
  4. Api neraka dinyalakan 1000 tahun hingga jadi merah, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi putih, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi hitam.
  5. Jika orang yang dalam neraka jahanam atau ahlinya dikeluarkan tangannya sahaja nescaya dunia akan terbakar kerana panasnya.
  6. Ahli neraka diazab dalam keadaan tidak hidup dan tidak mati bertempik kesakitan.
  7. Api neraka memakan muka-muka ahli neraka hingga muka mereka tidak berdaging.
  1. Makanan dalam neraka adalah darah, nanah, air tembaga, minyak mendidih, buah zakkum berduri seperti kepala syaitan tersumbat dikerongkong meletup dan membakar.
  2. Pakaian ahli neraka baju daripada api neraka dan disiram di kepala dan badan dengan air mendidih serta air lelehan tembaga dan tar.
  1. Seringan-ringan siksa manusia diazab ialah seorang itu dipakaikan sepasang kasut daripada api neraka , mendidih otaknya sebagaimana mendidih air dalam periuk.
  2. Azab untuk menghina ahli neraka dengan menompokkan azab dan bakaran api di muka sehingga mereka menjadi buta, tuli , bisu dan pekak.
  3. Ahli neraka diseret dalam keadaan lehernya dirantai , muka tersembam merentasi air panas mendidih terus membawa ke dalam api neraka.
  4. Seksa penyesalan penghuni neraka menangis hingga keluar darah dan air mata. Banyaknya air mata sehingga dapat membuatkan kapal terapung.
  5. Semua isi perut yang di azab terburai keluar dan dipaksa berjalan berkeliling mengheret perut seperti keldai menarik sebuah jentera.
  6. Neraka jahanam mempunyai 70 ribu rantai dan setiap rantai itu ditarik oleh 70 ribu malaikat.
  7. Bahan baker api neraka terdiri daripada manusia dan jin yang mendiami neraka dan batu-batu serta patung-patung yang menjadi sembahan d dunia.
  8. Sekiranya sebuah batu besar dilempar ke dalam neraka, ia akan sampai ke dasarnya setelah 70 tahun perjalanan.
  9. Api dunia yang membakar adalah se pertujuh puluh bahagian dari api neraka.
  10. Neraka bernafas dua kali setahun , di musim dingin dan panas, itu sebabnya sangat dingin di musim sejuk dan panas di musim panas.
  11. Orang-orang yang ego dan sombong di dunia nanti di akhirat nanti akan dipijak oleh manusia sebagaimana manusia terpijak semut.
  12. Orang yang memiliki harta-harta serta binatang seperti kambing dan lembu, kalau tidak membayar zakat, harta dan binatang ini akan datang dalam bentuk gergasi menghempap dan memijaknya
http://ustaz-mohdzawawi.com/index.php?option=com_content&task=view&id=15&Itemid=26

No comments:

Post a Comment