Khamis - 11 Nov. 2010
Pada petang hari khamis - hari peristiharan UPSR semua guru tahun 6 dan semua PK SKSS1 berserta guru-guru kaunseling dan Pembantu menjamu selera di Primula Park Royal. Tanda syukur kerana kejayaan mereka. Terima kasih dan tahniah kepada semua PK, semua guru tahun 6. Jasa anda semua akan kekal dalam ingatan saya. Semuga Allah merahmati anda semua.
Tidak lupa dan terima kasih serta tahniah kepada Cikgu Hanisah, Cg. Zaki, Cg. Zamilah, Cg. Rohanum, Cg. Rozita, Cg. Dahlia, Cg. Yusnita (Blogger), Cg. Faridah, Cg. Azura (anak manja saya), Cg. Hamzah, Cg. Sabri, Cg. Hj Khairul, Cg. Ahmad Sabirin,Ustazah Norashikin, Ustaz Fitri (org. kuat UPSR), Ustazah Ainun, Ust. Sham, Begitu juga Cg. Mohamad b Ibrahim (tok imam), Cg. Noriah, Cg. Salina.
Terima kasih juga kepada orang kanan saya Ustaz Nawi, Hj. Kamarudin dan Puan Latipah. Begitu juga Puan Rohati dan Puan Kamariah membantu mengurus kewangan dan pengurusan pentadbiran di sekolah ------------------------------------------------------------
Jumaat - 12 Nov. 2010
Walaupun telah meninggalkan SKSB lebih dua tahun lepas, tetapi guru-guru tahun 6 SKSB dan bekas PK1 Tuan Zanariah (telah bersara) masih mengingati saya. Atas alasan itulah saya menerima jemputan mereka untuk meraikan kejayaan SKSB dengan High Tea di Riyaz, Duyong pada petang jumaat 12 Nov. 2010. SKSB berjaya mendapat seramai 53 orang murid UPSR 5A. Tahniah kepada semua guru-guru tahun 6, yang dibina hampir 7 tahun lepas, masih mantap dan mampu membuktikan komitmen mereka untuk mempastikan murid-murid tahun 6 SKSB mampu bersaing dengan pencapaian sekolah-sekolah ternama. Tahniah dan syabas kepada guru-guru tahun 6 SKSB.
Tahniah kepada Cikgu Khairuzita, Zuber, Haji Khairi, Sabri, Judin, Cg. Soh, Wan Fauziah, Mek Zaleha, Puan Safuan, Ustazah Azizah, Ust Rafeii, Halina guru B&K. Dan ada beberapa orang lagi guru-guru lain turut hadir meraikan kejayaan murid tahun 6. Sayangnya Bos Besar mereka Cikgu Abdullah tak hadir. Mungkin bersebab kot.!!!
Terima kasih Tuan Zanariah yang menghadiahkan saya 3 buah buku sebagai penghargaan untuk persaraan saya pada 15 November 2010. Tanpa disedari sewaktu menjamu selera,penyanyi menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepada saya sempena persaraan 58 tahun.Rasa terharu juga. Mungkin permintaan guru-guru SKSB. Terima kasih sekali lagi. Kenangan mengusik jiwa.
------------------------------------------------------------------.
No comments:
Post a Comment