Wednesday, November 17, 2010

Hari ini hari raya idiladha, raya korban. Suasana raya haji ini tidak semeriah raya puasa, suasana seperti hari-hari biasa sahaja. Cuma bezanya ada solat raya sebelah pagi, kemudian ada acara menyembelih lembu di serata surau, masjid dan kampung.
Kebetulan hari ini, kedua-dua jiran rumah balik kampung, suasana agak sunyi sedikit. 
Mengingati acara sambutan persaraan saya dua hari lepas, isteri saya untuk kali kedua memasang video yang dirakamkan oleh anak kami, Naquib. Hampir menitiskan akan air mata juga apabila melihat persembahan anak-anak murid secara spontan dan menarik, suara sebak juruacara, kejutan kek hari jadi ke 58 masih kekal dalam memori saya.

Tak sangka sebegitu rupa majlis keraian yang diadakan untuk saya. Di luar dugaan. Saya rasa seperti pembesar negeri, persis seperti sambutan untuk seorang menteri lagaknya. Begitulah hebatnya guru-guru SS1. Mereka memang hebat, mereka memang mampu melaksanakan sesuatu yang terbaik, kemahiran yang ada pada guru-guru SS1 tidak boleh dipertikaikan.
SS1 punyai guru muzik yang sentiasa diguna pakai oleh jabatan dan PPD iaitu Cikgu Mohd Fadzly. Ustaz Sham, Cikgu Razali pakar IT. Cikgu Sabirin serba boleh, sukan boleh, urus kedaipun boleh, kendalikan lawatan boleh, menguruskan pasukan badmintonpun boleh. Jadi camera man pun boleh. Begitu juga Ustazah Noor Riah, mampu melatih anak-anak SS1 sehingga menjuarai beberapa pertandingan nasyid, marhaban dan sebagainya.Tahniah semua!!!

Cikgu Zalina pereka tari untuk anak-anak tahun 1 dan 2, memang hebat, dalam masa yang singkat mampu melatih dan membimbing anak-anak kecil membuat pertunjukan tarian yang menarik.

Tidak ketinggalan juga Cikgu Gayah, berbakat dalam sajak, nyanyian, dengan bersahaja mampu memukau penonton. Beliau memang mudah berjenaka, pemurah, tetapi ringan tulang dan mampu memberi kejutan. Guru Bahasa Melayu yang sering diguna oleh jabatan dan PPD.

Cikgu Yusnita pereka blog sekolah, serba boleh, mengajar boleh, melatih murid menyanyi dan berlakonpun boleh. Lagu sentimental yang dipersembahkan pada hari persaraan saya "You Raise Me Up" sungguh menyentuh perasaan. Satu penghargaan untuk saya. Mungkin saya perasan kot! Tetapi memang "touching", thank you Ita. Sebentar tadi saya download lagu tersebut daripada internet dan salin senikatanya untuk tatapan bersama .....


You Raise Me Up
Josh Groban 

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.
 
[There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity]

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up: To more than I can be.


Begitu juga kakitangan sokongan, yang sentiasa memberi kerjasama dalam apa sahaja acara sekolah, mereka akan turut menyumbang. Kamariah pakar jahitan sering membantu menyediakan bunga telor, begitu juga Rohati, Fauziah dan Indon tidak ketinggalan membantu. Terima kasih. Suasana seumpama ini sukar berlaku di sekolah lain, tetapi di SS1 segala-galanya boleh berlaku. Itu sebabnya motto SS1 ialah "SS1 Boleh".
 Disebalik perlaksanaan majlis tersebut, orang yang paling berpengaruh dan mampu memimpin pasukan petugas ialah Haji Kamarudin Chik, Pk Ko. Dialah jeneral, dialah manager, dialah hampir "pecah kepala" untuk mempastikan semua persiapan dan perjalanan majlis dapat berjalan dengan lancar. Haji Din memang hebat, memang sangat bertanggungjawab, dedikasi, dan sangat berpengaruh kepada pasukan kerja di SS1. Tahniah dan terima kasih. Dia juga yang paling kuat memeluk saya sambil menitiskan airmata kesedihan  sewaktu saya hendak meninggalkan perkarangan sekolah ialah Haji Din, semacam ada satu tarikan kami berdua, saya turut menitiskan air mata sewaktu berpeluk dengan beliau. Saya yakin beliau sangat komited dan sangat ikhlas terhadap kerja buat untuk saya dan sekolah. Terima kasih Haji Din. Saya doakan semuga Allah memberi kekuatan dan keberkatan dalam hidup anda sekeluarga. Tahun depan Haji Din akan bersara.

Sesungguhnya saya bersyukur dan berbangga kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk bertugas bersama guru-guru dan kakitangan SKSS1. Sesuatu yang diluar jangkaan saya. Tidak pernah terlintas sebelum ini saya akan bersara di SS1. Tetapi Allah Maha Kaya, Maha Berkuasa, segala-galanya di tentukan oleh Allah. Saya bersyukur.

Ramai lagi guru-guru yang hebat di SS1. Ustazah Rosmawati Ketua Panitia Pendidikan Islam, bekas guru penasihat Kelab Komputer, Cikgu Salbiah bekas penyelaras UPSR sewaktu mantan GB lama YM Che Ku Alam. Semuanya hebat-hebat belaka dan mampu laksanakan apa sahaja tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Hadiah dan cenderamata yang diberi kepada saya sungguh luar biasa, saya tidak menjangka sebanyak itu, dan nilai yang mahal. Tetapi hadiah yang paling mahal yang saya terima ialah daripada guru-guru tahun 6 yang menjulangkan prestasi UPSR 2010. Tahniah dan terima kasih. Budi anda tidak akan saya lupakan.

Tahniah kepada semua guru dan kakitangan SKSS1. Keperihatianmu sungguh menusuk kalbu, tidak akan dilupa sepanjang hayat dikandung badan.Semuga segala apa yang dilakukan itu akan dihitung sebagai amal soleh oleh Allah swt.

Akhir sekali saya doakan agar Allah merahmati kita semua, memberkati segala kerja buat kita dan memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan usaha mendidik anak-anak yang diamanahkan kepada kita.

Sehingga jumpa lagi dilain episod, IsyaAllah saya akan terus merakamkan kenangan di SS1 dalam tulisan yang akan datang. Sekian, salam IdilAdha, Maaf Zahir Bathin.

No comments:

Post a Comment