Pada suatu pagi, murid-murid tahun empat meraikan hari jadi guru kelas mereka. Semua murid membawa hadiah untuk guru yang dikasihi. Setiap orang murid menyerahkan hadiah masing-masing. Akhir sekali seorang murid yang dengan pakaian yang comot, daripada keluarga miskin, dengan terketar-ketar membawa sebungkus hadiah yang dibungkus dengan kertas yang kusam menghulurkan hadiahnya kepada guru kelas.
Murid ini anak yatim piatu, miskin. Guru kelas dengan senyum menerimanya dan menggosok bahu anak muridnya tanda penghargaan dan terima kasih. Murid dalam kelas menyuruh guru berkenaan membuka hadiah tersebut.
”Buka .... buka ...buka” tujuannya untuk menghina. Guru kelas dengan penuh sopan membuka hadiah tersebut dan mengeluarkan sebotol air wangi yang tinggal suku sahaja lantas memancutkannya ke bajunya. Kemudian mengeluarkan gelang tangan yang telah usang, lalu menyarung ke tangan kanannya.
Semua murid senyap. Dan akhirnya mereka bertepuk tangan tanda penghargaan.
Peristiwa biasa sahaja kepada guru-guru, tetapi LUAR BIASA bagi murid miskin tersebut. Peristiwa ini telah mengubah sikap, nilai dan semangatnya terhadap masa depannya.
Setelah tamat waktu sekolah, murid tersebut menghampiri gurunya dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menerima hadiah tersebut. Guru tersebut bertanya mengapa dia memberikan minyak wangi dan perhiasan tersebut kepadanya. Dengan nada sedih, murid itu memberitahu gurunya bahawa barang-barang tersebut adalah kepunyaan ibunya telah meninggal dunia tidak berapa lama dulu.
Dia berkata semenjak ibunya meninggal dunia, dia hampir putus asa dan merancang untuk berhenti sekolah. Itulah sebabnya dia memberikan hadiah itu sebagai tanda kenang-kenangan yang terakhir buat gurunya. Namun selepas guru itu menerima hadiahnya dengan penuh penghormatan, dia telah mengubah niatnya.
Lima tahun kemudian, guru tersebut menerima sepucuk surat daripada muridnya yang pernah memberikan hadiah pada hari lahirnya. Sura tu ditulis, ”Terima kasih cikgu! Saya sudahpun menamatkan sekolah menengah. Semua ini adalah kerana jasa cikgu yang menghargai hadiah saya sewaktu tahun 4 dahulu.”
Tiga tahun kemudian, guru tadi menerima surat lagi daripada bekas muridnya. Dia memberitahu gurunya dia berjaya menamatkan sekolah tingginya kerana guru itu pernah menerima hadiahnya sewaktu tahun 4 dahulu.”
Enam tahun kemudian, guru itu menerima surat dan gambar bekas muridnya sedang menerima ijazah daripada bekas murid yang sama, dan melahirkan hasratnya untuk meneruskan pengajiannya sehingga ke pringkat doktor falsafah (Phd), kerana gurunya menerima hadiahnya.”
Rumusan :
Kata-kata yang membangun dan menghargai seseorang dengan ikhlas mampu memberi kekuatan luar biasa kepada seseorang, seterusnya mengubah hidupnya. Begitulah sebaliknya. Lidah yang kecil dapat mengguris luka yang dalam di hati ataupun menimbulkan harapan hidup yang lebih baik.
Memberi pujian kepada anak-anak murid tak perlu keluarkan wang ringgit. Hanya memerlukan hati yang tulus ikhlas tanpa membezakan mereka.
Terutamanya anak-anak murid yang berada di kelas-kelas yang terkebelakang, mereka memang lambat sedikit daripada penguasaan ilmu pengetahuan, namun keinginan untuk menjadi murid yang berjaya dan cemerlang pasti ada dalam hati mereka. Tetapi kerana kelemahan dalam pelbagai aspek menyebabkan mereka tertinggal.
Sekolah, Jabatan dan Kementerian dan ibubapa sering memberikan ganjaran dan hadiah hanya kepada murid atau pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademik sahaja. Mengapa tidak diberikan hadiah kepada murid-murid yang berada di kelas-kelas yang belakang berdasarkan peningkatan pencapaian mereka daripada yang sebelumnya dengan sekarang. Bandingkan pencapaian dahulunya dengan pencapaian sekarang. Jika ada peningkatan, berilah hadiah galakan. Ini akan meningkatkan HARGA DIRI (Self Esteem) mereka. Mengikut satu kajian, semakin lama anak-anak berada di sekolah, semakin hilang harga diri mereka, disebabkan kata-kata negatif, sumpah seranah, tengking herdik dan sebagainya tohmahan yang mereka terima sewaktu berada di sekolah.
Jadikanlah kisah rekaan diatas sebagai iktibar dan pengajaran kepda kita dalam meningkatkan harga diri anak-anak didik kita. IsyaAllah, mereka bakal membuat kejutan dalam hidup mereka.
(Diubahsuai daripada buku Mencari Makna Hidup tulisan Parlindungan Marpaung)
8.50 pagi
Drp : Cgsyed.
No comments:
Post a Comment