Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah dan selawat dan salam untuk Junjungan Rasulullah saw.
Cuaca hari ini mendung tetapi tidak hujan. Terengganu sekarang dalam musim tengkujuh. Musim hujan.
Pagi ini Tok Imam, Masjid Terapung membawa cerita kisah dua orang sahabat karib. Si Ahmad dan Si Ali. Mereka sering menunaikan solat di masjid tetapi berada di lokasi yang berlainan walaupun dalam satu masjid.
Selepas keluar meninggalkan masjid mereka bertanya khabar, apa yang dipohon kepada Allah. Ahmad telus, sering memberitahu apa yang didoakan. Berbeza dengan Ali, bila ditanya oleh sahabatnya, dia hanya senyum tanpa sebarang jawapan. Mungkin sifat kerahsiaannya tinggi. Berbeza dengan Ahmad, bila ditanya akan menceritakannya.
"Pagi ini saya mohon kepada Allah agar memurahkan rezeki saya", lantas disahut oleh Ali, "Mudah-mudahan Allah makbulkan". Keesokannya, selepas solat, seperti biasa Ali dan Ahmad akan berbual bertanyakan soalan yang sama. Ahmad meluahkan rasa syukurnya, kerana doanya dimakbulkan. Majikannya membayarnya bonus.
Hari ini Ahmad berdoa agar Allah memudahkan isterinya bersalin. Lalu disahut oleh Ali. Semuga Allah memudahkannya bersalin. Tetapi bila ditanya apa yang dipohon oleh Ali. Beliau hanya senyum tanpa sebarang jawapan.
Keesokannya, kedua sahabat ini bertemu lagi, dan Ahmad melahirkan rasa syukurnya kerana isterinya telah selamat bersalin.Ali turut bersykur. Ahmad kehairanan dan mempersoalkannya kenapa Ali tidak menyatakan apa yang dipohonnya.
Lantas dengan senyum Ali menyatakan bahawa setiap kali Ahmad menceritakan apa yang didoanya, Ali akan memanjatkan doanya agar Allah mengabulkan doa dan permintaan sahabatnya, itulah sebabnya dia tidak menyatakan apa yang didoakannya.
The moral of the story, yang Tok Imam nak ulas ialah, kadang-kadang kita tidak beritu prihatin terhadap rakan, sahabat handai, adik beradik atau sesiapa sahaja diluar lingkungan kita. Kita terlalu pentingkan diri. Sangat sukar untuk memanjatkan doa untuk orang-orang diluar lingkungan kita. Yang kita pohon adalah untuk diri kita, anak-anak, isteri dan kedua ibubapa kita. Orang lain samada, rakan kita, anak jiran kita, anak murid kita atau adik beradik kita, kita tidak panjatkan doa untuk mereka.
Walhal doa seseorang untuk orang lain adalah sangat mustajab, dengan syarat orang yang didoakan itu tidak tahu bahawa kita mendoakan untuk mereka dengan ikhlas tanpa sebarang balasan.
Tidak rugi kita mendoakan seseorang tanpa pengetahuannya, kerana doa kebaikan itu juga akan kembali kepada kita.Wallahualam.
YB (Yang Bersara) Cg.Syed
..Assalamualaikum cikgu..
ReplyDeletesemuga bahagia dan sihat sejahtera menjalani kehidupan dalam alam pesaraan dari tugas2 rasmi sebagai pendidik..
....mohon kongsi bersama catatan dari cikgu sebagai ilmu buat saya yang dalam pencarian.
....mohon mendoakan saya sentiasa sihat dan pulih serta kuat menghadapi dugaan mendatang. amin.tq.