Cikgu memang serba boleh. Jadi tukang sapu, tukang cuci, jurulatih, mengajar, menari, menyanyi, kerani atau apa saja. Itulah uniknya seorang guru. Siapa sangka asalnya pendidik akhirnya jadi pembantu kesihatan.
Itulah tugas pertama saya selepas tiga hari bersara daripada jawatan guru besar. Bermula hari jumaat 19 November 2010, rumah saya dilawati oleh Haji Lokman Abdul Hamid dan Asraf Muslim pengamal Rawatan Perubatan Islam Al Hidayah. Lawatan bulanan yang telah berlangsung hampir 6 tahun lepas. Jadi tugas mendaftar pesakit, melayan pesakit untuk mendapatkan rawatan sudah dijalankan hampir 6 tahun lepas. Tidak kekok, dah biasa. Bezanya dulu saya terpaksa melaksanakan dua tugas, selaku Guru Besar kemudian pembantu perubatan. Sekarang tugas saya sepenuh masa melayani pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Kerja ini memang mencabar, kerana sambutan yang luar biasa daripada pesakit yang melebihi 150 orang sehari.
Pagi jumaat ini sahaja seawal jam 6.30 pagi, pesakit hadir dalam keadaan beratur di hadapan rumah saya untuk menempah nombor bagi urusan temujanji dengan Tuan Haji Lokman. Tempahan melalui telepon atau sms tidak dilayan. Pesakit atau wakil mesti hadir untuk mengambil nombor pagi jumaat bermula jam 7.30 pagi. Pagi itu saya mengeluarkan hampir 90 nombor temujanji. Sementara pesakit untuk rawatan susulan mencecah seramai 160 orang.
Malam sabtu, Haji Lokman serta Asraf dibawa terus ke rumah Pengelola Istana, Dato’ Yasin untuk jamuan makan malam. Hj Lokman agak lewat sampai di rumah saya, kurang lebih jam 11.00 malam. Pesakit sudah mencecah hampir 60 orang sedang menunggu. Haji Lokman dan Asraf hanya mampu merawati sehingga jam 1.30 pagi
Saya tak pasti Haji Lokman mampu melayani meraka seramai itu. Tetapi memang saya faham perasaan Haji Lokman, jika boleh, beliau akan merawat semua pesakitnya walaupun sehingga jam 4.00 pagi.
Pengalaman bulan-bulan lepas, saya terpaksa bersengkang mata sehingga jam 4.00 pagi dua malam berturut-turut. Ini berpunca daripada kehadiran pesakit melepasi angka 200 orang lebih.
Macam-macam penyakit yang dihidapi, ada yang jenis penyakit ”medical” dan ramai juga yang berpenyakit ’gangguan jin dan iblis”.
Seribu satu macam jenis penyakit yang ditemui, saya rasa bersyukur kepada Allah yang masih menganugerah kesihatan kepada saya walaupun usia sudah melepasi setengah abad. Alhamdulillah.
Kehadiran pesakit yang begitu ramai, samada dari Kualta Terengganu, Kuantan, Kota Bahru malahan ada juga yang datang dari Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Perubatan ini menjadikan amalan bacaan ayat-ayat suci al Quran sebagai penawar penyakit. Pesakit diwajibkan membaca ayat-ayat yang diberi sehingga pertemuan seterusnya. Bacaan ayat-ayat suci al Quran di lakukan pada waktu lepas solat Maghrib atau Isyak. Dan yang kedua selelpas waktu subuh atau sebelah pagi sebanyak 3 kali ulangan disertai dengan doa mohon Allah sembuhkan penyakit yang dihidapi.
Sesungguhnya bacaan ayat-ayat suci al Quran begitu hebat manfaatnya. Mukjizat yang Allah kurniakan kepada pembacanya memang luar biasa. Penyakit cancer merupakan penyakit yang paling kritikal mampu disembuhkan dengan terapi menggunakan ayat-ayat suci al Quran.
Jika kita buat analogi, bahawa manusia itu ibarat komputer, pereka dan penciptanya Allah swt, maka kita perlu mengikut program yang disediakan oleh Penciptanya. Jika kita masukkan program yang bukan daripada perekanya , maka komputer tersebut akan menghadapi masalah. Oleh itu untuk mempastikan komputer tersebut berfungsi dengan baik, selamat daripada serangan virus, maka kita kenalah patuhi apa sahaja syarat dan penggunaan berasaskan kepada pereka asalnya.
Yang jadi masalah sekarang, kita pandai-pandai mereka dan mengubah serta mengambil program yang bukan daripada pencipta asalnya. Maka timbullah pelbagai masalah dan krisis yang dihadapi. Sebabnya kita berasa lebih pandai daripada pereka asalnya.
Itulah perangai manusia yang semakin hari semakin lupa kepada Penciptanya, maka semakin banyaklah masalah yang bakal dihadapi. Rumusannya marilah kita amalkan istilah iaitu selalulah ONLINE dengan Allah dalam apa sahaja kerja buat kita, InsyaAllah, Allah akan selesaikan segala permasalahan yang kita hadapi. Wallah hualam.
Cgsyed.
No comments:
Post a Comment