20 December 2010
Tahukah anda perayaan Hari Wesak atau Vesākha buat penganut Buddha adalah untuk menyambut hari kelahiran Gauthama Buddha. Jumlah pengikut Buddha di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah kira-kira 500 juta orang. Foto di atas adalah pada 28/5/2010 ketika Perdana Menteri meraikan perayaan tersebut di Buddhist Maha Vihara.
Tahukah anda perayaan Hari Natal atau Krismas buat penganut Kristian adalah untuk menyambut hari kelahiran Jesus (dalam tradisi Islam Nabi Isa a.s). Jumlah pengikut Kristian di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah kira-kira 2.2 bilion. Foto di atas adalah ketika Perdana Menteri menghadiri majlis Rumah Terbuka Krismas di Kota Kinabalu pada 29/12/2009.
Tahukah anda perayaan Vaisakhi buat penganut Sikh adalah untuk menyambut tahun baharu masyarakat tersebut. Jumlah pengikut Sikh di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah kira-kira 27 juta orang. Foto di atas adalah ketika Perdana Menteri melawat kuil Guru Nanak Darbar Tatt Khalsa Diwan Selangor di Jalan Raja Alang pada 14/4/2009.
Ketika berada di Batumalai Sri Subramaniar Swamy saat perayaan Thaipusam, Perdana Menteri bersaksikan berhala Muruga telah mengikrarkan: "Saya hendak tegaskan bahawa menghormati agama lain bukan sahaja merupakan satu nilai utama yang perlu kita pertahankan dalam negara ini, tetapi ia juga merupakan salah satu prinsip dalam agama Islam. Islam yang sebenarnya tidak menghina agama lain serta melarang umatnya merosakkan tempat-tempat ibadah mereka. Islam yang sebenarnya menghormati agama lain...itu Islam yang sebenarnya."
Tahukah anda perayaan Asyura buat penganut Syiah Imamiyah adalah untuk berkabung mengenang kesyahidan cucu Rasulullah saw bernama Saidina Husin (anak Saidina Ali). Jumlah pengikut Syiah ini di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah kira-kira 200 juta orang. Foto di atas adalah ketika Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menghadiri Majlis Asyura di Ashura Maydan, Halkali, Istanbul 16 Disember 2010 yang lalu.
Tuan-tuan jika syiah dianggap sebagai sebahagian dari umat Islam saya ingin mengingatkan yang Republik Islam Iran yang menempatkan sebahagian besar umat Islam syiah di muka bumi ini adalah anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) sejak tahun 1969. Syiah juga diiktiraf sebagai salah satu dari lapan mazhab Islam oleh Deklarasi Amman, Jordan pada 9 November 2004. Klik di sini http://www.ammanmessage.com/. Deklarasi tersebut turut diterima oleh Sheikh Yusuf Qaradhawi dan Ayatullah al Uzma Ali Sistani. Bukti syiah adalah sebahagian umat Islam terlihatkan bahawa setiap tahun jemaah haji Iran berada di kedudukan kedua atau ketiga sesudah Indonesia dan Turki. Maka syiah haruslah diterima sebagai umat Islam seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Tuan-tuan jika syiah dianggap kafir dan bukan Islam (meski mereka dibenarkan mengerjakan haji di kota suci Mekah dan Madinah), saya ingin mengingatkan hak-hak mereka sebagai orang kafir seperti jaminan Perdana Menteri di atas. Barang diingat ekoran kontradiksi yang kalian lakukan, syiah yang dikatakan sesat dan kafir ini tidak sama seperti Ayah Pin atau Arqam.
Di lain kali jangan benarkan Dr Ahmadinejad menunaikan solat di Masjid Wilayah Persekutuan seperti mana yang beliau lakukan pada 3 Mac 2006 di Kuala Lumpur (lihat sini). Beritahukan dengan jelas tanpa hipokrasi, "Malaysia menganggap penganut syiah kafir. Katakan sahaja kepada Dr Ahmadinejad syiah tidak masuk ke syurga. Bahawa menurut fatwa Hasan Din al Hafiz beliau anak haram." Jangan benarkan qari Iran menyertai Musabaqah Tilawah al-Quran kita kerana mereka kafir dan najis serta tidak layak membaca al-Quran. Juga, suarakan di OIC supaya Republik Islam Iran dikeluarkan dari pertubuhan itu kerana 100 juta rakyatnya yang bermazhab syiah adalah kafir (suarakan juga supaya Iraq dikeluarkan kerana 60 peratus populasinya adalah syiah).
Jika mereka kafir berikan hak-hak syiah seperti mereka ini adalah penganut Hindu, Buddha, Kristian dan Sikh. Jangan menganiayai hak-hak mereka. Ini kerana terdapat 200 juta umat syiah di seluruh dunia termasuk Malaysia. Samada syiah ini Muslim, atau kafir, tuan-tuan; Allah akan tetap akan bertanya di akhirat kelak. Ini kerana jika mereka muslim, kalian tidak berlaku adil kepada mereka. Jika mereka kafir pun kalian tidak berlaku adil kepada mereka.
Fikir-fikirkan
* Pada pandangan saya, saya tidak fikir masyarakat syiah yang kecil bilangannya di negara ini berbahaya kepada negara. Harus diingat terdapat masyarakat syiah tempatan yang memang asal syiah dari leluhur mereka. Kita tidak dapat memaksakan fatwa kita ke atas mereka.
** Di seluruh dunia Islam, syiah diterima sebagai sebahagian umat Islam. Di Malaysia, di era 1Malaysia; penganut syiah nampaknya tidak punya hak apa pun sebagai manusia. Islam tidak. Kafir pun tidak. Kasihan mereka. Itulah rasa simpati saya buat mereka sejak Jumaat lalu.
http://tehranifaisal.blogspot.com/
Komen Cgsyed :
Bila kita menilai sesuatu, lihatlah daripada pelbagai aspek, hujah, sumber rujukan. Janganlah mudah melatah dan menjatuhkan hukuman seperri budak hingusan. Elakkan perangai hentam keromo, hormati budaya ilmu dan perbezaan pendapat. Bacalah dan fikirkanlah. Jangan terlalu mudah mengkafirkan sesuatu mazhab. Dan jangan pula double standard dalam melaksanakan tindakan. Mengapa ajaran Ayah Pin yang hidup semula di Besut tidak diambil tindakan ? Ada akal fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment