Tazkirah subuh Tok Imam Masjid Terapung sungguh menarik. Beliau bercerita mengenai kisah dua beranak jutawan yang pergi menziarahi rakannya di kampung. Saya seronok mendengarnya dan ingin berkongsi dengan pembaca yang mengunjungi Blog ini.
Suatu ketika Jamal seorang jutawan telah membawa anaknya Jamil untuk menziarahi rakan lamanya di sebuah kampong di kawasan pendalaman. Sudah lama mereka tidak bertemu.Tujuannya untuk menghubungkan silatur rahim yang sudah lama terputus.
Selepas tiga hari menetap di rumah rakannya di kampung, Jamal pun baliklah ke rumahnya di bandar.
Dalam perjalanan pulang, Jamal bertanya kepada anaknya Jamil mengenai pengalaman anaknya sewaktu berada di rumah rakannya di kampung. Setelah termenung berfikir beberapa minit, akhirnya Jamil dengan tenang menjelaskan ada beberapa perkara yang dipelajarinya.
Pertama, di rumah rakan ayahnya di kampung, ada banyak kucing. Di rumahnya hanya ada seekor kucing. Setiap kali penghuni rumah sibuk menyiapkan makanan, kucing-kucing berkeliaran di dapor, dan dengan mudah keluarga rakan ayahnya menyediakan makanan untuk kucing-kucing tersebut. Kalau di rumahnya pastilah tuan rumah menghalau kucing-kucing tersebut dibimbangi akan mengotorkan rumahnya.
Kedua, di belakang rumah rakan ayahnya ada sungai yang sangat luas, ramai yang mandi, membasuh pakaian, mengambil air untuk kegunaan penduduk di sekitar kampung tersebut. Di rumahnya hanya ada satu kolam mandi, dan hanya mereka sekeluarga sahaja boleh mandi.
Ketiga, di rumahnya ada banyak lampu yang diimport dari luar negara, tetapi di rumah rakan ayahnya kadang-kadang terdapat cahaya bintang- bintang dan bulan yang berkelipan di luar rumah mereka. Sungguh indah, lampu yang Allah sediakan.
Keempat, di rumahnya ada pembantu rumah, tetapi di rumah rakan ayahnya ada sahabat handai, jiran tetangga yang datang membantu, untuk meraikan tetamu. Mereka sungguh mesra, murah hati, ringan tulang dan menghormati tamu.
Kelima di rumahnya ada pengawal keselamatan, tetapi rumah rakan ayahnya di kampung ada jiran tetangga, sahabat handai dan taulan yang mampu menjaga keselematan rumah mereka apabila mereka keluar meninggalkan rumah mereka. Mereka tak perlu grill, tak perlu cctv, tak perlu kunci, hanya pesan pada jitan tetangga untuk memerhati dan menjada rumah mereka sewaktu mereka tiada di rumah.
Keenam, di rumahnya banyak makanan dan buah-buahan yang dibeli dari pasaraya di bandar, tetapi di kampung ini, terdapat pelbagai pokok buah-buahan dan daun-daun pokok hutan yang boleh dijadikan sayur-sayuran. Malahan penduduk kampung ini membekalkan hasil tani mereka ke bandar-bandar.
Ketujuh, di tempat tinggal mereka di bandar ada jalan minyak tar, tetapi di kampung tempat rakan ayahnya ada sawah, ladang yang luas mata memandang, suasana kehijauan menyamankan mata memandang.
Kelapan, rumah jiran-jiran di tempat mereka tinggal mereka di bandar sentiasa berkunci pintu pagar, kalau nak jumpa kena telepon dahulu atau tekan loceng, barulah pintu gate dibuka. Tetapi di kampung rakan ayahnya, semua rumah tiada pagar, mereka seumpama satu keluarga, masing-masing boleh datang dan singgah ke rumah jiran tetangga mereka tanpa buat appointment.
KESIMPULANNYA, anak jutawan itu merumuskan, bahawa rakan ayahnya di kampung yang dikatakan orang miskin, sebenarnya adalah lebih kaya daripada ayahnya. Harta kekayaan yang paling berharga dimiliki oleh rakan ayahnya di kampung ialah KAYA HATI, KAYA JIWA DAN KAYA AKHLAK.
Si ayah terpegun mendengar hasil pembelajaran yang diperolehi oleh anaknya. Rupa-rupanya ziarah yang dilakukannya bersama anaknya telah menjadikan anak jutawan itu seorang yang celik akal. Cara berfikirnya aras tinggi. Lihatlah yang tersirat jangan hanya memandang apa yang tersurat.
Cuti penggal ini masih panjang lagi, bawalah anak-anak kita ke kampung-kampung pendalaman, dedahkanlah kepada mereka suasana yang masih belum tercemar. Ziarahilah sahabat handai, saudara mara di kampung, jangan hanya fikir nak pergi shoping sahaja. Biar anak-anak kita rasai, hayati dan alami suasana kehidupan yang secara 'natural beauty' di kampung-kampung. Sediakan lembaran kerja untuk mereka lihat sewaktu berada di kampung. Lepas itu tanyalah soalan-soalan yang mampu menjentik hati dan nurani mereka. Apakah hasil pembelajaran yang mereka dapat daripada lawatan tersebut. Barulah berbaloi lawatan itu.
Cuti penggal ini masih panjang lagi, bawalah anak-anak kita ke kampung-kampung pendalaman, dedahkanlah kepada mereka suasana yang masih belum tercemar. Ziarahilah sahabat handai, saudara mara di kampung, jangan hanya fikir nak pergi shoping sahaja. Biar anak-anak kita rasai, hayati dan alami suasana kehidupan yang secara 'natural beauty' di kampung-kampung. Sediakan lembaran kerja untuk mereka lihat sewaktu berada di kampung. Lepas itu tanyalah soalan-soalan yang mampu menjentik hati dan nurani mereka. Apakah hasil pembelajaran yang mereka dapat daripada lawatan tersebut. Barulah berbaloi lawatan itu.
Cgsyed. 8.40 pagi.
No comments:
Post a Comment