Friday, December 10, 2010

IKTIBAR HIJRAH



Ada 3 perkara pokok dalam peristiwa hijrah yang boleh kita renung, fikir dan jadikan iktibar dalam kehidupan kita;.

1. Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan Hadis Nabi saw:
"Orang2 yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yg Allah telah melarang daripadanya" (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a)

2. Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang2 musyrik atau orang2 kafir yang menfitnahkan orang2 Islam atau mempersendakan agama Islam.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam (An Nisa : 140)

3. Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang2 kafir atau musyrik ke negeri/daerah orang2 muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yang terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat2 ke Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.

Bagaimanapun sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah dari meninggalkan perbuatan terlarang ke perbuatan yang baik dan ini juga merupakan satu jihad yang amat besar di sisi Allah seperti Hadis Rasulullah saw : " Jihad yang paling besar adalah jihad melawan NAFSU"

Pertama kepetingan soal niat. Zaman sekarang niat boleh disama erti objektif, matlamat, hala tuju dan motif. Sebelum sesuatu kerja buat dilaksanakan kita kena tanya apa matlamat, objektif atau niat. Kerana nak nama, nak pangkat, nak gelaran, nak pengaruh atau nak kuasa atau apa sahaja berbentuk keduniaan.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berHIJRAH dan berJIHAD di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (AL Baqarah : 218)

Orang-orang yang beriman dan berHIJRAH serta berJIHAD di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (At Taubah : 20)

Ada orang berhijrah kerana perempuan, maka yang diperolehinya wanita itu. Tidak lebih dari itu. Perempuan disini mungkin boleh kita ibaratkan sebagai perhiasan atau dunia. Maka kalau kita berubah kerana dunia maka kita dapatlah dunia. Akhirat tak dapat.
Jual akhirat untuk dapatkan dunia.

Kedua soal batasan perkara yang hak dengan yang batil – Furqan.Dalam hijrah perlu pengorbanan. Ramai para sahabat Rasulullah saw yang meninggalkan segala harta benda, tanah, rumah dan barang-barang berharga di Mekah, semata-mata ingin berhijrah ke Madinah untuk mengikuti Nabi saw. Jual dunia untuk dapatkan akhirat.

Ketiga demi untuk Allah kita kena tinggalkan perkara yang lain. Untuk Allah kita tiada pilihan. Untuk Allah kita kena tinggalkan perkara yang boleh menghalang kita daripada mematuhi perintah Allah.

Akhir sekali tahniah kepada Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu memulakan majlis dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran. Satu penghirahan yang amat bermakna. Mudah-mudahan dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran akan melembutkan hati yang keras, melapangkan pemikiran yang kusut, membersihkan hati yang penuh dengan dendam dan benci. Dengar khabarnya JPNT,PPD memulakan setiap hari dengan bacaan al Quran. Bila buka sekolah nanti semaua sekolah akan memulakan sesi pembelajaran setiap pagi dengan bacaan al Quran. Alhamdulillah, tahniah, semuga Allah memberkati segala kerja buat kita. Saya tumpang gembira.

Drp Cgsyed GB Pencen.

No comments:

Post a Comment