Kali terakhir makan di restoran India Muslim ini ialah seminggu sebelum cuti Aidiladha. Masih harga biasa, seperti yang tertera pada senarai di kaunter bayaran: Roti canai 80 sen, teh tarik gelas besar RM1.20. Harga makanan dan minuman lain tidak relevan kepada saya.
Masuk ke restoran sama pagi minggu lalu, sudah ada perubahan harga. Makanan dan minuman kegemaran saya naik 20 sen: Roti canai RM1, teh tarik RM1.40. Memang merungut sebab dia orang naikkan harga sesuka hati. Tetapi, saya makan juga!
Kalau sakit hati, tinggalkan sahaja restoran tersebut dan cari tempat lain yang lebih murah. Jangan tanya kenapa harga naik, sebab itu pasti akan lebih menyakitkan hati. Antara jawapan yang akan diberikan ialah sekarang minyak naik, tepung naik, gula naik. Lebih-lebih dia akan kata: “Tempat lain lama sudah naik, saya baru naik juga. Ini naik punya hal kita tak boleh elak!”
Sebenarnya bukan saya sahaja, orang lain pun terus makan di situ walaupun tahu harga naik. Ini bukan soal tidak ada pilihan, sebab ada beribu-ribu lagi restoran menjual roti canai dan teh tarik. Ini soal kebiasaan. Orang kita sudah terbiasa sangat naik harga, jadi tidak terperanjat lagi.
Kalau tidak roti canai dan teh tarik, serba-serbi barang keperluan harian kita pun naik jauh dari harga asal. Minyak masak, susu cair, kicap, belacan, kunyit, ketumbar, semua sudah jauh dari harga biasa. Cili kering, bawang putih, bawang merah, lada hidup semua naik. Cili padi – orang Pulau Pinang kata cabai burung – naik hingga lebih RM15 per kilo.
Kelapa yang baru beberapa hari lalu dijual RM1.50 sebiji di kedai runcit berhampiran rumah, Ahad lalu menjadi RM2, tidak fasal-fasal naik 50 sen. Tinjauan di tempat-tempat lain, termasuk di pasar raya, menunjukkan buah bersantan itu naik antara 30 sen hingga 50 sen sebiji.
Jangan tanya kedai mengapa kelapa naik, sebab jawapannya betul-betul membodohkan kita. Antaranya dia akan kata, cuaca dunia sudah tidak menentu, sana-sini banjir. “Awak tidak baca paper ka, itu negeri China banjir banyak teruk, banyak orang pun mati!” Apa kena mengena kelapa naik dengan banjir besar di negeri China?
Di pasar basah, ikan apa yang kekal pada harga asal? Ikan kembung yang selama ini 'berjiwa rakyat' pun sudah tidak dapat RM6 per kilo, paling koman RM8. Jangan tanya tenggiri, parang, senangin, bawal dan lain-lain ikan kelas tinggi – kalau tidak ada RM50 jangan berani sentuh.
Malah, ayam yang selalu dikawal pun kerap melepasi harga siling. Ada tempat menjual pada harga RM6.80 per kilo, tetapi di sesetengah pasar awam harga mencecah hingga RM7.20. Jangan mengadu pada persatuan pengguna atau pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak ada ‘kuasa ayam’.
Paling-paling mereka kata, macam orang tidak berakal: “Kalau harga naik, boikot makan ayam, dan bertukar kepada lauk lain yang lebih murah...” Tidak ada lauk pilihan yang lebih murah daripada ayam, kecuali jika kita sanggup makan batu bata goreng, atau makan kurma kulit durian.
Bukan sahaja daging ayam, harga pukal tahi ayam untuk baja sayur pun naik. Maka, ada alasan untuk penanam sayur menaikkan harga. Sebab itu sawi naik, kacang panjang naik, lobak naik, terung naik. Makanan ayam naik, tahi ayam pun naik.
Sekarang ada satu lagi jawapan menarik apabila ditanyakan mengenai kenaikan harga sebahagian besar makanan dan keperluan harian. Mereka akan kata: “Ini adalah gara-gara pemanasan global, satu fenomena baru dunia.” Cuba fikir, apa kaitan fenomena itu dengan tahi ayam!
Orang kita sudah bosan dengan kenaikan harga. Kalau mengadu pun tidak akan ada tindakan penyelesaian. Barang kita tetap naik, dan sekali naik tidak akan turun. Sebab itu kalau ada projek naik harga pun, orang sudah menganggap itu sebagai perkara biasa yang perlu diterima.
Contoh: Apabila projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dimulakan, harga asal yang ditetapkan ialah RM2 bilion. Tetapi kos itu kemudian menjadi RM12.5 bilion, sehinggalah ia meletup menjadi skandal raksasa. Roti canai naik 20 sen, PKFZ naik RM10 bilion.
Apabila projek Hospital Shah Alam mula dilaksanakan, kos yang ditetapkan ialah RM300 juta. Tetapi kos asal yang dipersetujui oleh Perbendaharaan itu tiba-tiba membuncit kepada RM482.6 juta. Malang lagi, harga sudah membuncit, projek tersebut gagal disiapkan mengikut jadual, sehingga kerajaan terpaksa membuka tender baru untuk meneruskan projek tersebut.
Perkara yang sama terjadi kepada projek pembinaan istana baru yang mulanya dianggarkan menelan belanja RM394.8 juta, tetapi kemudian meroket menjadi RM650 juta. Projek Institut Kanser Negara yang dimulakan 2007 dengan kos asal RM340 juta, telah meningkat menjadi RM700 juta.
Sama seperti kenaikan harga roti canai dan teh tarik, kenaikan kos beratus juta RM projek-projek gergasi ini, akhirnya diterima juga oleh rakyat. Memang pahit untuk ditelan, tetapi oleh sebab sudah kerap sangat dengan kenaikan, demi kenaikan, demi kenaikan, akhirnya perkara itu sudah jadi biasa. Orang ramai sudah menerima hakikat bahawa barang kita akan terus naik, tidak kira siang atau malam.
Lagi pun jika ditanyakan mengapa harga projek-projek raksasa itu melambung dari harga asal, tidak ada jawapan tepat diberikan. Masing-masing akan menuding jari, tetapi masalah tidak selesai. Maka, anggaplah itu semua sebagai kesan pemanasan global!
Abd Jalil Ali - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/kolumnis4.asp

No comments:
Post a Comment