Thursday, May 17, 2012

DURIAN RUNTUH UNTUK CIKGU !!!

Semalam, sebelum meninggalkan rumah, isteri saya berpesan, "Man, jangan lupa tengok TV pukul 11.30  pagi nanti, dengar TPM umum durian runtuh untuk cikgu!! Saya hanya senyum mengangguk kepala.

Selesai sahaja tugas rutin saya, saya pun baliklah ke rumah sekitar jam 11.25 pagi. Tergopoh gapah nak buka TV sambil berlari ke bilik air nak dengar TPM umum Durian Runtuh!!

Bila dengar ucapan TPM saya sudah terasa apa yang dikatakannya itu adalah ulang tayang apa yang telah dilaksanakan sebelum ini. Ibaratnya, dia kata, akhir bulan ini semua cikgu akan terima gaji!! Ataupun lebih kurang sama juga maknanya, Awal bulan April ini cikgu akan terima kenaikan gaji tahunan !! serupa juga.

Inilah DURIAN RUNTUH yang dijanjikan oleh TPM 1Malaysia. Hampa, Pagi ini isteri saya suruh saya semak nama dia dalam portal KPM samaada namanya tersenarai atau tidak untuk kenaikan pangkat timebase. Bila semak, apa yang keluar; "Maaf nama anda tiada dalam senarai! Memangpun itu jawapan yang saya dah jangka sebab dia belum cukup 8 tahun dalam DGA 32. Tapi nak sedapkan hatinya saya terpaksalah semak juga.

Itulah pengumuman penting yang semua guru diwajibkan tengok TV pada Hari Guru 2012 mulai jam 11.00 pagi. Apa pun tarak......... Semuanya kena lebong.

Inilah yang pernah saya alami sewaktu sambutan hari guru kebangsaan di Taman Tamadun Islam beberapa tahun lalu, sewaktu Terengganu menjadi tuan rumah. Beberapa hari sebelum sambutan itu saya disuruh oleh YDP MGB Negeri Trg. untuk menghadiri mesyuarat bersama YDP MGB Kebangsaan, wakil kesatuan guru NUTP dan juga wakil KGGMB, KGLM di YIN Tin Hotel. Tugasan yang diberi kepada kami ialah menyemak kembali cadangan daripada Kesatuan Guru dan Majlis Guru Besar Kebangsaan mengenai perubahan skim gaji GB,PK di sekolah rendah. Kononnya untuk diumumkan oleh TPM Muhyidin Yasin. Sehari semalam kami berbengkel akhirnya siaplah. Dan mengikut kata Saudara Roslan Madon (YDP MGB sekarang) TPM akan umumkan dalam Majlis Sambutan Hari Guru pada tahun itu.

Apa yang terjadi, dengan penuh debaran kami guru-guru besar yang dah lama mati skim gaji, gaji tak naik-naik beberapa tahun kerana dah syilling (maksimun), Habuk pon tarak. TPM tak baca pun apa yang kami sediakan, dalam waktu TPM berucap itu beberapa orang guru besar hantar sms kepada S/U MGB Kebngsaan melahirkan rasa kecewa kami, tetapi dijawab bersabar. Dan Ketua Pengarah Pelajaran waktu itu Datuk Alimuddin suruh kami bersabar. Akhirnya sehingga hari ini apa yang dicadangkan agar GB DG34 dinaikkan kepada DGA 36, PK sekolah rendah dinaikkan kepada DGA 34 tidak diterima sehinggalah hari ini.

Itulah pengalaman saya yang pernah memimpin sekolah yang mana gurunya mencecah 100 orang dengan kaki tangan sokongan seramai 20 orang, tetapi gaji saya hanya sekadar GB DGA38 bukan siswazah. Kelulusan  Kertas (paper qualification) tetap menjadi ukuran utama, mengatasi pengalaman ataupun tanggungjawab dan sumbangan yang diberi.

Apa yang berlaku sekarang guru-guru yang dah lama berkhidmat akan mendapat gaji yang sudah hampir sama dengan guru-guru yang baru berkhidmat, kadang-kadang gaji mereka mengatasi gaji guru yang senior dalam gred yang sama. 
Selamat Hari Guru, Terima kasih cikgu !!! Selamat Menerima Durian Runtuh Yang Tak Runtuhpun.!!!

1 comment:

  1. Gambar sisipan sesuai benor dengan 'ungkapan' yang terkeluar dari mulut kawan 'MS' kita yang masih bergelar GB apabila dia 'marah' akan penipuan , penindasan , pembohongan pihak atasan.....hihihi.... Saya tunggu nak pencen macam abang Syed aje....

    ReplyDelete