Ruginya Islam
Melayu bila berpecah
Sinar Harian 21 Mei 2012
Ke mana saya pergi untuk berceramah, saya lihat
rumah ibadat bukan Islam tumbuh macam kulat. Lebih menyakitkan lagi, jalan
utama terpaksa dilencongkan kerana memberi laluan kepada pembinaan rumah
berhala. Apakah ini wajar? Berapa banyak lagi rumah ibadat diperlukan sedangkan
sedia ada sudah cecah 200,000 berbanding surau, masjid dalam lingkungan 30,000.
Semua ini begitu jelas berlaku selepas Pilihan
Raya Umum 12, 2008. Perpecahan umat Islam mengakibatkan orang lain ambil
kesempatan, menangguk di air keruh. Apa yang belum ada, diada-adakan; sudah ada, ditambah dan diperbaharui.
Justeru, saya amat mengharapkan dengan keluarnya orang Melayu daripada parti ultra kiasu Cina itu, dapat membuka mata kita semua agar umat Islam bertaut kembali. Dalam artikel kali ini, izinkan saya mengupas sebahagian sahaja, ruginya Islam dan Melayu, apabila mereka tidak bersatu.

Kedudukan
agama Islam semakin terancam. Orang bukan Islam mahukan semua tuntutan Inter
Faith Commission (IFC) dipenuhi sepenuhnya (rujuk artikel saya terdahulu). Agama
Islam sebagai agama Persekutuan tidak lagi dihormati, sehinggakan majlis doa
pun dipertikaikan, apatah yang lain.
Kes-kes berkaitan agama Islam, mudah sahaja dibawa ke mahkamah sivil. Misalnya, isu kalimah ALLAH yang mahu digunakan sewenang-wenangnya, bibel bahasa Melayu, kes murtad, perebutan mayat saudara baru dan sebagainya. Mahkamah syariah seolah-olah tidak lagi dihormati, apatah lagi untuk dirujuk.

Selain
itu, peruntukan untuk rumah ibadat antara Islam dan bukan Islam sudah menjadi
sama rata. Terbaru di Selangor, ahli majlis tidak akan meluluskan pembangunan
taman perumahan baru selagi tidak memenuhi syarat, iaitu setiap taman perumahan
mesti ada rumah ibadat semua agama. Apakah makna ini semua? Adakah keadilan
bermakna seorang sebiji?
Berkaitan
hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Perkara 153, saya sudah tidak nampak masih ada kewujudannya dalam
bentuk realiti semasa.
Boleh dikatakan apa jua keistimewaan mereka yang bergelar Melayu dan Bumiputera telah pun ada pada mereka yang selainnya. Lihatlah nanti isu kemasukan ke universiti dan pemberian biasiswa.
Boleh dikatakan apa jua keistimewaan mereka yang bergelar Melayu dan Bumiputera telah pun ada pada mereka yang selainnya. Lihatlah nanti isu kemasukan ke universiti dan pemberian biasiswa.
Kuasa
politik Melayu Islam semakin terhakis. Tuntutan demi tuntutan semua parti komponen Barisan Nasional dan Pakatan
Rakyat sentiasa mahukan keadilan berasaskan formula sama rata dan sama rasa. Dahulu
kuasa politik Melayu Islam mendominasi, bukan Melayu tidak minat kepada kuasa,
tetapi lebih kepada bisnes. Hari ini, mereka mahukan kedua-duanya, kuasa dan
bisnes.
Dalam isu pendidikan, sekolah kebangsaan dan sekolah agama semakin terhakis. Peruntukan sudah menjadi sama rata, walaupun ada sedikit kelebihan pada sekolah kebangsaan. Sekolah vernakular semakin mendapat tempat, terutama isu penempatan guru-guru. Kita lebih mendengar kata-kata NGO daripada pakar pendidikan.
Kedudukan Bahasa Melayu semakin terancam,
manakala bahasa Inggeris dan bahasa ibunda semakin mendapat tempat. Melihat
kepada banner memprotes tindakan pihak berkuasa di Taman Desaria, Sg Ara atau
di mana-mana sahaja protes yang majoritinya bukan Melayu. Bahasa Melayu langsung tidak mendapat tempat di
hati mereka. Tinjaulah iklan-iklan yang berada di sekeliling.
Dalam
bidang ekonomi usahlah diceritakan. Bilangan orang Islam yang kaya masih
statik. Yang kaya sibuk kahwin artis. Orang Melayu semakin ramai diperalatkan. Pegawai
kerajaan yang telah pencen bergelar Tan Sri dan Datuk, dipergunakan bagi
mendapat tender sana sini.
Begitu juga dalam bidang sosial. Tidak perlulah dibincangkan isu gejala sosial. Lihat sahaja sektor makanan terus dikuasai bukan Melayu. Saya difahamkan kedai-kedai makan berbunyi Melayu dan Islam sudah tidak lagi dipunyai oleh mamak atau orang Islam, tetapi kepunyaan bukan Islam. Nama-nama Islam dan pekerja Islam dari India digunakan sewenang-wenangnya untuk melariskan produk.

Banyak lagi yang boleh dibincang dalam ruangan terhad ini. Justeru, saya ingatkan, Pas tidak perlu menyaingi Umno untuk menarik 100,000 anggota dalam perhimpunan parti itu di Kedah pada 1 Jun nanti sebagai respons kepada perhimpunan sambutan ulang tahun Umno yang berakhir minggu lalu.
Umat
Islam tidak perlu bersaing untuk ‘menunjukkan kehebatan dan kekuatan’ dalam
perkara politik yang membawa perpecahan. Tetapi biarlah kita bersaing dalam
perkara membawa kebaikan seperti kekuatan ekonomi, pendidikan dan Kembalikan
semangat jihad.
Pas
dan Umno perlu buang prasangka buruk antara satu sama lain. Sekarang ini adalah
masa bekerja untuk Islam. Berpolitiklah secara matang. Lupakanlah yang
lain, termasuk dendam kesumat.
www.sinarharian.com.my
tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan
melalui laman sosial ini. Ia
adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan
pandangan dan pendirian kami
No comments:
Post a Comment