Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU!! TERIMA KASIH CIKGU !!!

Petang tadi saya tidak sangka rezeki Allah bagi pada saya, sewaktu balik joging melintasi trafic light depan Masjid Terapung, saya terserempak dengan Cikgu Roshaya (PK1 SKSB) bekas guru SKSS1, pernah bertugas bersama saya 3 tahun lepas, memberhentikan keretanya dihadapan saya lalu turun dan menghulur hadiah kain pelikat sempena sambutan Hari Guru 2012.

Alhamdulillah, tanpa diduga, rezeki datang petang ini. Dapatlah sehelai kain pelikat. Nilai kain itu tak penting, tetapi rasa keperihatinan dan rasa ingatan daripada rakan setugas dahulu mencuit hati dan perasaan saya. Rupa-rupanya masih ada lagi rakan guru yang ingatkan saya. Alhamdulillah. Semuga Allah memberkati kehidupan Cikgu Roshaya sekeluarga, amin..

Besok 16 Mei, semua pendidik seluruh negara akan meraikan Hari Guru. Tahniah dan Selamat menyambut Hari Guru. Semuga tahun 2012 ini akan meningkatkan lagi komitmen dan rasa kebertanggungjawaban guru-guru terhadap amanah yang Allah berikan kepada kita selaku pendidik. 

Cikgu-cikgu seharusnya bersyukur kerana dipilih menjadi guru. Banyak ruang amal soleh dan pahala yang menanti guru-guru untuk merebutnya.Apa tidaknya, Rasulullah saw pernah berpesan apabila mati sahaja anak Adam terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara. Pertama sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

Semua amalan ini ada kaitan dengan kerja buat guru-guru. Apa tidaknya, orang tak akan bersedekah jika jahil, tiada ilmu, semua ini kerja guru-guru untuk menyedarkan, begitu juga ilmu yang bermanfaat, sangat rapat dengan kerja buat guru, daripada buta huruf akhirnya boleh mengenal dan membaca, daripada jahil menjadi faham, daripada nakal menjadi baik, daripada tak reti nak hormat orang, akhirnya pandai menghormati orang lain, daripada tak pandai terima kasih, akhirnya reti berterima kasih, daripada tidak penadai menghormati ibu ayah akhirnya mengasihi dan menghormati ibubapa, dan mendoakan ibu bapa. Ini semua adalah tugas dan kerja buat cikgu-cikgu. Untuk itu para guru harus rasa bersyukur. Jadikanlah sekolah sebagai ’sejadah’ untuk menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak didik.

 Akhir sekali saya ingatkan cikgu-cikgu, jangan lupa ingatkan anak-anak murid supaya tidak tinggal solat, kempenlah banyak-banyak, galakkan mereka solat berjemaah, galakkan mereka baca Quran. Kerana kalau membaca tidak menyebut nama Allah, maka sesat baratlah kehidupan kita. Perhatikan surau sekolah kita, jangan biarkan surau jadi tempat tahi cicak bertaburan, kerana jarang digunakan. Sungguh malanglah, terutama pemimpin sekolah (GB?Pengetua) jarang datang ke surau, maka jangan haraplah anak buah hendak ke surau. Kepimpinan melalui teladan.

Bayangkanlah, dalam sebuah kampung, masjidnya tak ada orang berjemaah, hanya ada tok imam dan bilal sahaja, manalah Tuhan nak turunkan rahmat, Ada akal fikir-fikirkanlah. Nikmat Tuhan Yang Mana Kamu Nafikan ?
Terima Kasih Cikgu, Selamat Hari Guru

No comments:

Post a Comment