Wednesday, May 16, 2012

TERIMA KASIH CIKGU !!!

Pagi ini ada beberapa orang cikgu yang masih ingatkan saya dan menghantar sms ucapan hari guru. Terima kasih kerana ada yang masih sudi mengirim ucapan kepada guru yang telah lama bersara. Tidak lupa juga pada rakan saya GB Cikgu Mohd Zaki dair SK Sentol Patah dan Tuan Hj Ameruddin GB SK Tg Ampuan Mariam.

Terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru SKSS1 yang mengirimkan sms. Berikut saya salin kembali ucapan mereka untuk renungan kita bersama;

"Salam  SELAMAT HARI GURU jasamu tetap dikenang dari kami guru-guru jqaf SKSS1"

"Jadilah seroang guru yg hadirnya DITUNGGU, hilangnya DIRINDU, ilmunya DIBURU, nasihatnya diSERU tingkahlakunya diTIRU, . SELAMAT HARI GURU 2012."

"Pesan cikgu hidup biar berbudi tapi...... Kata murid  tabur budi bayar bodi, Pesan cikgu hidup biar berbakti, tapi kata murid hidup biar berjoli, Pesan cikgu hidup mestilah jaga adab pikul adat Murid bersorat hdup mesti ikut barat. Pesan cikgu kejar dunia, akhirat jangan dilupa. Kata murid cari duit sampai berkarat. Cikgu dari dulu sampai sekarang masih unggul dalam pesanan. Selamat hari guru, terima kasih cikgu. Muga dirimu dibawah lindungan rahmat Rabbul alamin yang tiada taranya.".

Salam. Selamat Hari Guru, Segala ajaran cikgu pada murid amat besar dan mulia untuk bangsa, agama  dan negara. Kami amat bangga dengan cikgu," 



No comments:

Post a Comment